Salam bertemu kembali buat seluruh sahabat di taman perumahan cyber ini,moga sentiasa berada di dalam keadaan sihat sentiasa disamping RahmatNya yang maha luas.
Kali ini entri santai saya, insyaAllah akan menyentuh tentang adat.Sebenarnya saya suka untuk berkisah mengenai Perpatih.Saya kerap juga ditanya oleh orang berkaitan adat ini.Barangkali mereka kurang jelas tentang sebahagian dari perbilangannya.Masyarakat melayu kaya dengan adat.Begitu juga di Negeri Sembilan yang mengamalkan adat perpatih iaitu berasal dari Tanah Minangkabau,Sumatera.Diasaskan oleh pemimpin Minang,Sutan Balun yang bergelar Dato' Perpatih Nan Sebatang.Kemudian adat ini tadi dibawa oleh perantau Minangkabau dan berkembang di Negeri Sembilan.Di sinilah lahirnya suku-suku iaitu sebanyak 12 kesemuanya.Suku-suku di Negeri Sembilan mengikut nasab sebelah ibu:
Suku Biduanda,Tanah datar,Paya Kumboh,Seri Lemak,Batu Belang,Tiga Batu,Tiga Nenek,Seri Melenggang,Batu Hampar.Mungkal,Anak Acheh dan Anak Melaka.
Di dalam adat Perpatih ini,ada perlantikan Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan dan perlantikan undang luak yang empat iaitu Rembau, Sungai Ujong,Johol dan Jelebu.Di dalam adat ini pula tertumpu dan terangkum sistem pembahagian harta pusaka, amalan bermasyarakat, perkahwinan,perlantikan pemimpin.
::PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA::
Pembahagian harta pusaka di Negeri Sembilan terbahagi kepada dua iaitu pembahagian secara Faraid dan secara Adat.Apa yang dimaksudkan dengan secara adat ini ialah pembahagian tanah adat atau pusaka(tanah dari generasi ke generasi) diturunkan di sebelah perempuan.Sebaliknya tanah yang bukan adat atau yang didapati dengan atau sepencarian dibahagikan mengikut Faraid.Barang peninggalan itu dianggap pusaka,seperti rumah,tanah,barang kemas dan lain-lain.Dari segi syarak,tanah adat dibahagikan kepada kaum hawa bertujuan untuk melindungi mereka dari segi menjaga kehormatan dan maruah wanita adat Perpatih.
::PERKAHWINAN::
Sistem Adat Perpatih ini,terdapat sistem perut dan suku."Perut" merupakan unit terkecil di dalam sistem adat perpatih.Kemudian beberapa perut lain akan membentuk suku.Tiap-tiap perut akan diikuti setiap buapak, sementara setiap suku diketuai oleh seorang "Lembaga" .Di dalam urusan perkahwinan ini dipimpin atau diuruskan oleh "buapak" bagi memastikan kelancaran majlis tersebut.
::SOSIOBUDAYA NEGERI SEMBILAN::
- Makanan:Masakan lemak cili api,dodol, lemang, rendang, kesirat dan wajek.Nyanyian Bongai dan tarian lagu Chaklempong serta Tumbuk Kalang.
- Loghat dan dialek yang digunakan adalah sama dengan masyarakat di Riau.Namun,terdapat banyak perbezaan diantara bahasa dan dialek yang digunakan oleh masyarakat Minangkabau dan Negeri Sembilan.
Begitulah serba sedikit secara ringkasnya menyentuh tentang adat perpatih.Adat bersendikan syariat.Bagi yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai perpatih ini, bolehlah mendapatkan buku yang berjudul Setitis Tinta Abadi, Adat Merentas Zaman, Luak Tanah Mengandung di Ujana Ilmu.
"Rumpun Melayu Rumpun Beradat,
Adat Bersendikan Syariat"
Sebahagian Rujukan:Rencana dari karangan Ainol Amriz Ismail,wikepedia Adat Perpatih.