alana


Thursday, December 15, 2011

Batu Kecil....

2768116650065825855jlaudf_ph

Salam bertemu kembali buat sahabat-sahabat yang diingati selalu. Diharapkan semuanya sihat dan sentiasa di dalam peliharaan Allah jua. Saya mula dihambat dengan kesibukan praktikum, jadi tidak sempat untuk dikemaskinikan laman ini. Peluang untuk saya menarikan pena kali ini, ingin rasanya saya berkongsi satu cerita ringkas dengan kalian. Judulnya ialah "batu kecil".

Ceritanya bermula apabila suatu hari, seorang pekerja projek bangunan memanjat ke atas tembok yang sangat tinggi. Tatkala dia memanjat bangunan tinggi tersebut, dia tiba-tiba teringatkan satu pesanan penting yang perlu dia maklumkan kepada teman kerjanya yang ada di bawahnya. Pekerja itu berteriak-teriak, namun temannya itu tidak boleh mendengar kerana bunyi bising mesin-mesin dan orang-orang yang bekerja sehingga usahanya sia-sia sahaja.

Oleh kerana itu, untuk menarik perhatian orang yang ada di bawahnya dia cuba melemparkan duit syiling di depan temannya.Lalu temannya itu mengambil duit syiling tersebut dan dia meneruskan kerjanya kembali. Pekerja itu mencuba lagi, tetapi usahanya yang kedua pun memperolehi hasil yang sama. Tiba-tiba ia mendapat ide. Dia mengambil batu kecil lalu melemparkannya ke arah orang itu. Batu itu tepat mengenai kepala temannya, dan kerana merasa sakit, temannya mendongak ke atas. Sekarang pekerja itu dapat menjatuhkan catatan yang berisi pesanan.


240268747_e1994828b4



Sejenak saya berkisah tentang batu kecil yang jelas di sini sebagai tamsilan. Kadang-kadang Allah memberikan kita cubaan-cubaan yang ringan supaya kita mengingatiNya. Seringkali Allah melimpahkan kita dengan Rahmat, tetapi itu tidak cukup untuk membuat kita mengingatiNya. Kerana itu, agar kita selalu mengingat kepadaNya, Allah sering menjatuhkan "Batu Kecil " kepada kita. Moga kisah yang saya paparkan ini, benar-benar memberi muhasabah sebelum kita terlena. Wassalam...



Sumber dari....



http://van.9f.com/batu_kecil.htm







1 comment:

  1. Hasimah:Alana, tertitis juga setitis air mata saya dgn cerita "batu kecil"... kerana ya, ada batu-batu kecil itu menimpa diri. Kenapa? Saya pun tidak tahu... kenapa saya harus disakiti begitu? Maafkan saya beremosi pagi2 begini. Oh, lagu nasyid ini menikam kalbuku. Saya sedih, Alana. Saya tak suka bermusuh. Dan saya payah kalau terus diprovokasi. Bimbang jika saya ter-menyerang. Oh, maaf, saya jadi ter-mengadu kpd Alana. Sedap benar apa yg Alana tulis ini. Terima kasih menjadi temanku sehingga habis nasyid ini saya dengar. Wassalam.

    Alana to Hasimah:
    Sedih pula alana kalau cikgu bersedih. Tak mengapa cikgu, dunia ini ibarat roda, bersabarlah dengan istighfar.Batu-batu kecil ini adalah dugaan ILAHI buat kita. Allah duga bermakna Allah sayang pada kita. Cikgu tabah ya...seperti lirik dalam lagu ini di akhir lagu ini "Biarpun sukar bagiku melamar redhamu...jalan mujahadah ini terlalu pahit. Namun disebaliknya ada kemanisan. Allah mengetahui segala-galanya. Moga Allah lindungi selalu.

    Bihi:batu kecil .. tapi berat untuk ditanggung..

    Ainadilah:batu kecil tu nak bagi sedar...sakit tapi baru sedar...

    Alana to bihi:Iya benar sdr Bihi Begitulah ibarat dan tamsilannya.

    Alana to ainadilah:Iya..itulah kita manusia yang sering alpa. Mudah-mudahan kita sering menjadi saling ingat mengingati di antara satu sama lain..

    ReplyDelete