alana


Thursday, December 15, 2011

Bersahurlah.....

Salam Ramadan Kareem.Bulan keampunan dan rahmat seluruh alam.Mudah-mudahan kalian semua dikurniakan kesihatan yang baik,walaupun di dalam suasana berpuasa.Sebenarnya Ramadan sebagai latihan atau di dalam Bahasa Arabnya disebut tadrib.Latihan yang dimaksudkan ini,bolehlah kita ambil contoh umpamanya waktu bersahur.Bagaimana?

Seperti yang diriwatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim:"Bersahurlah kamu kerana di dalam bersahur itu ada keberkatan"

Kita mula bangun dari tidur untuk bersahur sahaja,sudah dikira sebagai latihan di dalam Islam.Selepas bersahur,kita Istighfar kepada Allah,bermunajat atau melakukan solat tahajjud.Dengan cara ini dapat meningkatkan kualiti kesihatan badan dari segi spritual.Saya pernah cuba tidur selepas sahur,namun apabila bangun semula saya rasakan badan menjadi terlalu lemah dan tidak bersemangat.Ini berbeza keadaannya jika kita tidak tidur lagi selepas sahur.Suntiklah rohani kita dengan membaca Al-Quran.InsyaAllah kita akan benar-benar merasakan nikmat selepas bersahur itu.

Namun,bersederhanalah di dalam bersahur,tidak terlalu banyak dan tidak terlalu kurang mengambil makanan.Andai terasa letih untuk bersahur,memadailah dengan hanya mengambil sebiji kurma dan seteguk air untuk mengisi perut.Waktu yang paling afdhal untuk bersaur ialah pada waktu menjelang Subuh iaitu kira-kira 10-15 minit sebelum bilal melaungkan azan Subuh.Rasulullah s.a.w. bersabda bahawa waktu bersahur itu,adalah bersamaan dengan bacaan 50 ayat suci Al-Quran.

Sesekali saya terkenangkan saat bersahur di Mesir dahulu,anak-anak kecil bermain kompang dan bernasyid lalu di hadapan rumah saya,dengan tujuan mengejutkan orang untuk bersahur.Begitulah cara mereka memuliakan waktu Sahur.Moga entri "Sahur" kali ini dihayati bersama.Selamat Bersahur.......

1 comment:

  1. Hasimah:Terima kasih atas tip2 yg berguna.
    Alana, semasa bersahur, cikgu kena minum banyak air. Drirwan tengok pun gerun. Sebabnya, cikgu ditimpa sakit kalau kurang air. Dah pernah kena, Alana. Doakan cikgu supaya tak kena sakit itu lagi.
    Dan cikgu dari muda hinggalah sudah sangat dewasa, cikgu sentiasa bersahur.

    Fiezanur:Selepas sahur, saya tidak boleh tidur sebab kena kejar bas untuk ke hospital =)

    Alana to hasimah:Oh begitu rupanya,samalah seperti bonda alana.Kalau masa berbuka mesti nak minum air dan nak makan buah banyak-banyak.Mudah-mudahan sakit cikgu yang dulu tu,tak berulang lagi.

    Alana to dikfieza:Kena kejar bas:)Begitulah rutin hidup sebagai pelajar kan?Kak alana dulu di Mesir kejar traimco nak ke kuliah.

    Rash:tapi rash tak bersahurlah.. camne?

    Ainadilah:alah cikgu..kalau minum byk..mula lah asyik nak membeser..

    matahati:entah mengapa. saya terasa 'sejuk' di halaman saudari

    Bihi:Sdri bersahur dengan apa semalam ?

    Alana to:
    rash:Kalau tak mampu juga,minum air,ambil keberkatan:)

    ainadilah:Membeser?Oooo..alana faham:)

    matahati:Mudah-mudahan sedikit info ini boleh dipraktikkan.Terima kasih kerana sudi membacanya.

    bihi:Saya bersahur kurma:)

    ReplyDelete