alana


Sunday, December 4, 2011

Eid Mubarak












Salam seindah lebaran, salam ingatan buat rakan, teman dan sahabat semua. Mudah-mudahan di hari yang penuh keberkatan ini, hidup kita semua sentiasa di dalam ketenangan dan harmoni selalu. Dikesempatan yang masih ada ini, alana dan bonda ingin mengucapkan Selamat Hari Raya & maaf Zahir & Batin.

Lama jua alana tidak menulis di sini. Streamyx baru saja pulih sepenuhnya, lama tidak menulis di sini, komputer bermasalah. Rindu benar pada kalian di esastera.com. Apakhabarlah agaknya? Selepas ini saya nak beraya ke rumah kalian pula. Rumah siapa yang ada buat rumah terbuka ya?:)

Hari raya pertama sehinggalah Hari Raya Keempat, sememangnya tidak dapat untuk saya bergerak untuk berjalan raya apatah lagi untuk menulis di sini. Sememangnya rumah saya dikunjungi ramai sanak saudara. Maklumlah rumah kampung, tempat berkumpul setahun sekali. Inipun hanya sempat beraya ke rumah MB dan ADNAN.AM saja. Tidak dapat membalas kunjungan sdr Ilhami dan keluarga.

Saya ingat sehingga di sini dahulu, saya nak sambung beraya:)

Nuralana....




1 comment:

  1. Bihi:sdr sibuk amat ya. patut la lama tak menulis. salam Aidilfitri buat semua.

    Hasimah:Alana, selamat hari raya. Sibuk tak apa, Alana, asalkan sesekali kena report kat cikgu. haha... kalau tak, cikgu tertanya2, "Ke mana laa Alana? Merajuk atau apa?"
    Semoga sukses ya? Salam kpd sdri Fauziah. Rindu nak baca sajaknya yg halus-mulus penuh keimanan.


    Alana to bihi: Salam Aidilfitri jua dari alana buat sdr sekeluarga.

    Alana to hasimah: Cikgu, Bonda saya kirim salam. Dia selalu sebut nama cikgu yang budiman:) Iya risau juga lama tidak menulis, semuanya dirasakan beku hahah. Terima kasih cikgu di atas aspirasi

    ReplyDelete