Salam semulus Semurni kasih rindu di jendela hati. Dalam dada jiwa sukma kebahagiaan. MemujiMu dalam setiap hela nafasku. Ar-Rahman Ar-Rahim...
Adakala hati teringat, terkenang akan perjalanan sebuah kehidupan. Hari ini aku masih lagi bernyawa. Syukur di atas nikmat yang dipinjamkan. MengingatiMu, kunikmati suatu ketenangan dan kebahagiaan.
Hari ini kita telah pun memasuki tahun baru Awal Muharam. Alhamdulilah. Mudah-mudahan kita menjadi orang yang lebih baik daripada semalam. InsyaAllah. Apa yang difikirkan sekarang ini ialah apakah agaknya azam baru menjelang masuknya tahun baru ini? Kita pastinya tidak mahu mengulang akan kesilapan yang lama berulang kembali. Fikir dan renungkanlah...Moga di tahun baru ini kita sama-sama dapat kecapi dan lalui jendela kebahagiaan yang kekal abadi dalam kalungan ketakwaan.
Sememangnya sukar untuk kita memperbaiki diri untuk terus menjadi yang terbaik, tapi apa yang penting berusaha disamping berdoa. Jangan lupa berdoa akhir dan awal tahun. Alfatihah di atas kemangkatan Yang di Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Ja"afar Tuanku Abd Rahman. Moga ruh baginda dicucuri payung RahmatNya.Amin.
Di antara doa kebahagiaan sepanjang hari:
" Wahai Allah, jadikanlah hari kita ini, merupakan kebaikan, sedangkan pertengahannya merupakan kebahagiaan dan penghabisannya merupakan keuntungan".
Hasimah:Salam awal muharam kpd Alana dan Fauziah. Semoga kita bahagia dan tenang selalu.
ReplyDeleteAlana to hasimah: Salam awal Muharam buat cikgu Hasimah yang diingati. Mudah-mudahan kita sama-sama bahagia dan tenang selalu..
Ina Marjana:Susunan kata-kata yang indah.
Maaf terlambat - Selamat Menyambut Maal Hijrah & Tahun Masehi.
Alana to inamarjanaulfah: Terima Kasih untuk Kak Ulfah. Salam ingatan Tulus buat akak sekeluarga..