Salam ingatan dan tulus..Mudah-mudahan kalian semua berada di dalam keadaan sihat di dalam RahmatNya selalu hendaknya.
I- Seharian kalau tiada menulis saya rasakan serba tidak kena sahaja.Bengang pun ada juga. Mana tidaknya streamyx yang sepatutnya boleh beroperasi, kena tunggu hujung bulan ini untuk disambung semula. Walhal berbayar. Sabar saja.
II- Berhari-hari mengikuti perkembangan Gaza yang begitu memilukan dan menyayat hati. Boikot? Oh! Boikot harus berterusan. Begitu juga dengan gugusan-gugusan doa. Perlu Istiqamah. Apa yang dikesali, sifat saudara seislam sendiri yang tidak membantu saudaranya sendiri. sempadan Rafah yang pernah saya kunjungi tidak lama dahulu itu, ditutup pula. Masih saya ingati wajah-wajah sayu dan longlai warga Palestin yang pada ketika itu memasuki sempadan Rafah minta dibelasi. Tapi kini?
III- Berhari-hari juga saya fikirkan rakan-rakan dan jiran-jiran di laman maya. Lama sudah tidak berkunjungan. Beramah mesra...Rindu.Angin maya telah hadir pada bisik-bisik camar di sore semalam. Dalam mimpi-mimpiku yang tak akan kulupai.
iv- Untaian mutiara kata indah ini ku tujukan khas buat semua pengunjung dan rakan tanda ingatan tulus berpanjangan. Sehingga berjumpa lagi.
"Telahku tuliskan kata rindu di atas jilid-jilid biru. Di atas naskhah suci kutuliskan kata tulus, demi ingatanku yang tiada putus. Kuhadiahkan jambangan Mawar Putih sebagai lambang bingkai kasih keharmonian. Di antara Aku dan Kau. Tulus berpanjangan..." -Nuralana-
Hasimah:Aduuuh, lembut sopan berbudi, itulah imej Alana yg saya hormati. Salam puisi. Teruslah menulis sayang akan bakat. Kalau tak menulis, bakat jadi diam penggali diamnya berkarat. Kalau kita menulis, dan cuba sedaya-upaya mengikut upaya kita, itu dipanggil diam ubi diam berisi. Cikgu tak boleh diam. Pot pet pot pet. Salam sdri Fauziah, semoga sejahtera hendaknya.
ReplyDeleteAlana t0 Hasimah: Salam ingata yang berpanjamgan buat cikgu yang budiman. Aduuh...segan saya dipuji sebegitu cikgu:) InsyaAllah di hujung bulan ini talian streamyx akan dipasang semula di rumah saya. Mudah-mudahan saya dapat menulis seperti biasa semula nanti. Salam cikgu telahpun alana sampaikan kepada sdri Fauziah. Lain hari alana masukkan sajaknya ke eSastera.com.