alana


Sunday, December 4, 2011

Jilid-jilid Rindu

923268169_321cc1ffb4

JILID-JILID RINDU


Di meja sebuah gedung ilmu

Telahku catatkan jilid-jilid naskhah rindu

Dengan tinta biru

Pada sehelai naskhah berwarna ungu

“ Tikaku pandang lazuardi yang terbentang luas

Awan gemawan yang memutih suci

Pohon-pohon segar menghijau

Hayat yang Engkau pinjamkan buatku

Amal-amal dan taubat nasuha

Ku bermohon dalam piala kesyukuran

Biar kekal di dalam atma nurani

Menyala dalam jiwa bersemadi…

Menjadi jilid-jilid naskhah kerinduan

Mekar bagaikan di taman mawar perkasihan"

Catatanku terhenti….

Khali….

Airmata jatuh satu persatu

Membasahi warkah ungu

Meresap hingga ke kalbu

Ya Malik Ya Qudus

Seindah baldu manikam rindu

Dalam dada tawakal

Jilid-jilid rindu buatMu...

Nukilan Nuralana










1 comment:

  1. Bihi:best sekali puisi sdr alana. selamat kembali aktif ya.

    Ina Marjana:ya susunan kata-kata puisi alana sentiasa segar memanggil pembaca menilai hubungan dengan Allah.

    MB:rindukan Allah memang mengasyikan,rindukan seseorang amat menyakitkan.

    Hasimah:Sajaknya, sangat indah.

    Dahrie:jilid-jiid rindu... sedap bunyinya...

    Alana to:
    bihi: Iya mudah-mudahan:)

    ina marjana : Terima kasih kerana membaca ya K.Ulfah..mudah-mudahan begitulah..

    Jebatsari:Salam ziarah jua.Terima kasih kerana membaca...

    MB : Memang begitu lumrah kejadianNya. Tetapi andai rindukan seseorang amat menyakitkan, maka rinduilah Allah sebanyak-banyaknya.

    hasimah: Terima kasih ya:)

    dahrie : :) Terima kasih sdr Dahrie. Lama tidak dengar sdr membaca mentera.

    ReplyDelete