alana


Sunday, December 4, 2011

Serendang Dahan Cinta I

Autumn Leaves

Salam manis buat sahabat semua. Mudah-mudahan kalian sentiasa di dalam perlindungan Allah jua..Alhamdulilah dan syukur kerana kita masih dikurniakan usia untuk terus membaiki kesilapan-kesilapan lalu.

Renungilah setiap detik nadi masa kerana di situ tersiratnya denyutan rahsia. Di setiap pengorbanan itu, memerlukan kepada ketabahan hati dan setiap ketetapan Ilahi pastinya tersirat kemanisan yang abadi. Moga di hari lahirmu ini dirimu sentiasa di dalam kuntuman-kuntuman bahagia semulus mekar mawar keimanan .

Serendang Dahan Cinta 1

Seindah kalungan gugusan doa

Meresap ke sukma nurani

Semerbak persis harumnya setanggi

Ya Ilahi.....Sujudku di bawah ArasyMu

Ku pohon perlindungan di setiap waktu

Ya Rahman...Semurni manisnya iman

Ya Rahim KasihMu meniti AlMustaqim

Limpahkanlah

Hidayah Istikharah

RahmatMu yang telus hingga menyerlah

Membasahi jiwa yang resah

Kasih Ibu membawa ke Syurga

Kasih guru berkorban demi nusa

Sejambak kasih memanjat rasa

Di naungan serendang dahan cinta

Mutiara rindu seorang hamba...

Nukilan Rasa

Fauziah@ Pelita Hati










No comments:

Post a Comment