alana


Sunday, December 4, 2011

Kala Rinduku Tumpah


KALA RINDUKU TUMPAH

Sepetang yang dingin

Tenang lautan tiada berombak

Mentari sore mengintai indah

Memancarkan cahayanya kemilau di samudera

Nun…Jauh wisataku mengenal

Tentang ragam rencah kehidupan

Tentang musafir mencari ilham ilmuan

Manikam cinta yang tak sehaluan

jilid-jilid rindu yang bergentayangan

Pernah kau mainkan serulingmu dengan simfoni yang mengasyikkan……hinggaku terpesona

Namun inilah selat yang memisahkan kita

Sehingga hampir di hujung senja

mentari kian sirna

Rembulan mengakrabi langit jumantara

Tiada lagi seruling yang menguliti jiwa

Kala rinduku tumpah

Ku kirimkan mawar wangian cinta

Kala rinduku tumpah

Ku sebut namaMu

Setiap detik, setiap waktu

1 comment:

  1. Sham:Wah!..awesome sue..satu karya yang bisa meruntun jiwa insan yg sedang mencari cinta..cinta kepada maha penciptaNYA.

    Hafiz Andrew: Aku suka dan semakin suka terutama kepada pencipta......yang dimaksudkan itu.karya indah dan penuh nada kecintaan kepada sang pencipta.

    Anis :Menarik..menggambarkan rindu kita pd pencipta yang maha Esa.

    Tuah Saujana:Sajak yang bagus. Kata-kata pun lembut saja, selembut tuannya ;-)

    Hasimah : Alhamdulillah merindui Yang Maha Esa tentu membuat jiwa tenang ya Alana.

    Kablam :uuuuuiiii bestnya lagu alanaaaa...=))) syabas, alana.

    Farid :cantik ayat ni..lagi indah
    Salam... ini lagunya.

    Herman Maryuti:http://soundcloud.com/mutiara/kala-rinduku-tumpah-studio/s-f1Djj

    Muhamad Jamaludin:Hanya hati yang lembut yang dapat merangkai kata-kata yang lembut.. ya Allah lembutkanlah hati kami.. seprti lembutnya alana suara muzik dan puisi ini.. lembutkan lah hati kami untuk menggapai cintaMU.

    Sham: Terima Kasih kerana membacanya dari jiwamu yang menghayati dan mengerti tentang banyaknya ujian di dalam hidup ini, terutama dalam mencari cintaNya..

    Terima Kasih Hafiz kerana membaca. Moga dirimu boleh hasilkan sajak sepertiku..Luahkan segala rasa dengan menulis,Anis:.Begitula bila hati dipetik rindu..DIA jualah yang memberikan rindu itu..
    Tuah: Trima Kasih..pandai je la adik tuah ni;)

    hasimah:Betul cikgu..Rindu pada Allah jualah hati menjadi tenang.Terima kasih kerana baca sajak alana.

    kablam:Ye lagu Speak Soft Love;) Terima kasih kablam..:)
    Farid: Terima kasih kerana sudi membacanya.Moga dapat hayatinya.

    Herman Mutiara:Terima Kasih yang tidak terhingga..nanti alana cuba dapatkan kod lagu ini untuk di letakkan di entri ruangan ini.
    Syukran akhi Jamal kerana sudi membacanya..

    ReplyDelete