alana


Sunday, December 4, 2011

Tentang Hati...


DibukanyaCadarAisha

Salam Rahmat dan limpah kasihnya jua. Buat pembaca entri yang budiman. Inginku bicara tentang hati dan jiwa. Terlalu sukar untuk kita menjaga hati orang sebenarnya. Adakala kita tidak perasan kata-kata serta perilaku yang dianggap biasa telahpun menyinggung perasaan orang. Ada yang membicarakan hati itu sebagai raja di dalam diri.Hatilah yang membuahkan rasa cinta, sayang,rindu,sedih,benci..kerana itu Allah s.w.t memandang manusia itu dari hatinya.

Adakala kita bercakap dengan hati yang ikhlas, tetapi orang salah tafsirkan dan marah-marah. Ada juga yang suka cakap lepas tanpa berfikir lalu melukakan hati orang itu. Ada juga orang memujinya, dia berasa riak dan bangga. Namun semua itu Allah jualah yang Maha Mengetahui. Kita sebagai hambanya, berbuat baiklah sesama manusia dan bermohonlah kemaafan kepada orang yang telah kita sakiti hatinya.

Hati wanita mudah tersentuh apabila ada yang mengasarinya. Benarlah seperti yang disebutkan hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
"Sesungguhnya wanita itu tulang rusuk apabila kamu hendak meluruskannya, ia akan patah. Jika kamu membiarkannya, ia tetap dalam keadaan bemgkok".-Riwayat Muslim-

"Berpesanlah kamu dengan wanita, sesungguhnya wanita diciptakan dari tulang rusuk yang paling bengkok dan teratas sekali, jika kamu hendak meluruskannya ia akan patah dan jika kamu biarkan ia tetap dalam keadaan bengkok. Hendaklah kamu menasihati wanita dengan sebaiknya"

Marilah sucikan hati dan renungkan kata-kata hikmah ini, "Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji keteguhan iman seseorang, malangnya bagi mereka yang mengikut kehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan."

“Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna untuk menjelaskan perasaan. Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa.Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan.”

1 comment:

  1. Tuah Saujana: Haaa, gambar Ayat-ayat Cinta ke tu? Hehe...
    Lagu latar belakang ni mengusik memori betul la. Masa kita suka komen-komen di sini. Mana habis semua orang ya?

    Salam Alana, indah dan berilmu apabila membaca catatan Alana.
    Damai malam-malam begini, tapi perenggan akhir tu pada saya, kata-kata ialah unggul perasaan. Jangan ada dusta di dalam kata-kata kita. Jika kita sentiasa berpegang kpd kebenaran dan tidak berbohong dgn kata-kata kita, kebaikan itu sentiasa berbalik semula kpd kita.

    Hasimah :Begitulah sebaliknya, Alana. terima kasih atas perbincangan ini. Dan, w/pun dah ada esasterawan.org, cikgu tetap kekalkan "rumah" ini, kerana best "hasil kerja" di sini, yg lama-lama dulu. Lagipun, di sini cepat dan laju. haha

    Sham:satu nukilan yang begitu dalam maksud dan ertinya..thanks sue..hati..

    Hafiz Andrew:Hati.....nikmat Allah yang sangat mahal harganya.tak terbayar oleh seberapa banyak pulus yang ada di dunia ini.yang penting hati kena bersih dan dijaga selalu.moga terhindar dari hati yang busuk dan sering iri hati dengan orang lain

    Tuah..yup ingat je..hehe betul:)Mereka ada laman baru esasterawan.org..jadi di sini sunyi..

    hasimah: Iya lama juga kita tidak berbual kan? Alana suka menulis di sini. Tapi nanti nak ziarah juga cikgu di Esasterawan.org.ya sangat sayang hasil kerja di sini:) Betul setiap kata-kata sebenarnya lahir dari hati..

    Seronok dapat berbual semula..terubat rindu..

    Sham: Terima Kasih atas komentar dan sudi membaca entri ringkas ini..ya kalau sebut tentang hati sudah tentu sangat mendalam..

    Hafiz; Betul katamu itu..setiap hari kena periksa hati..ia selalu diserang sakit yang pelbagai juga dan kita perlu merawatnya...

    ReplyDelete