alana


Sunday, December 4, 2011

Lailatul Qadr

Nature%20(6)


Musafir Hamba Menuju Puncak Aspal


Semulus awan gemawan putih yang berarak


Memayungi Selangit Rindu CintaNya


Di malam Al-Qadr Semarak


Rahmat yang tak terhingga -Nuralana-


Salam Ramadan Kareem. Semoga kita sentiasa istiqamah dengan amalan-amalan kebajikan. Bersungguhlah pada setiap ibadah. Mudah-mudahan DIA perkenankan. Akrab di atas sejadah cintaNya. Asyik di atas manikam singgahsana Rindu.


Ingin Alana kongsikan di sini tentang tanda-tanda Lailatul Qadar. Seperti yang diriwayatkan oleh Anas r.a, Telah bersabda Rasulullah S.A.W:


“Pada malam Lailatul Qadar, Jibril a.s dengan serombongan malaikat turun. Mereka membacakan selawat dan salam untuk tiap hamba yang berdiri atau duduk mengingat Allah S.W.T."


Ini pula ialah mengikut perkiraan Ahli Sufi:


( Perkiraan ini dibuat berdasarkan hari awal Ramadan)

-Sekiranya awal Ramadan(1 Ramadan), jatuh pada hari Jumaat maka malam Lailatul Qadar jatuh pada malam 29.


-Sekiranya awal Ramadan(1 Ramadan), jatuh pada hari Sabtu maka malam Lailatul Qadar jatuh pada malam 21.


-Sekiranya awal Ramadan(1 Ramadan), jatuh pada hari Ahad maka malam Lailatul Qadar jatuh pada malam 27.


-Sekiranya awal Ramadan(1 Ramadan), jatuh pada hari Isnin maka malam Lailatul Qadar jatuh pada malam 29.


-Sekiranya awal Ramadan(1 Ramadan), jatuh pada hari Selasa maka malam Lailatul Qadar jatuh pada malam 27.


-Sekiranya awal Ramadan(1 Ramadan), jatuh pada hari Rabu maka malam Lailatul Qadar jatuh pada malam 27 dan Khamis, maka malam Lailatul Qadar jatuh pada malam 21.


Walau apapun petua yang diberi atau apa jua perkiraan yang digunakan, berdoalah kita mudah-mudahan dapat kita bertemu dengan malam yang paling istimewa ini. Moga amalan kita diterimaNya.


1 comment:

  1. Naimisa :tahun ni malam spot malam 21 lah...

    MB :jom kita rebut peluang lailatul qadar tuuu

    Alana to Kriey: tapi ada setengah ulama' kata tidak semestinya lailatul qadar itu jatuh pada 10 hari terakhir

    Alana to naimisa: Tahun ini malam spot kalau mengikut perkiraan ahli sufi begitu lah. Namun begitu, kita digalakkan untuk menghidupkan 10 malam terakhir Ramadan.

    Alana to MB: Jom...Didoakan mudah-mudahan kita dapat bertemu dengan Al-Qadar.

    ReplyDelete