
NILAKANDI RAMADAN
Di kamar nian syahdu Ramadan
Tiada hiasan yang memancing diri
Tiada egois menjengah nubari
Lalu berjujuran air mata sepi
Bila tafakur mendekati hati
Kuharap dosa kan berlalu pergi
Hanya putih mewarnai jihat
Hanya biru melambai sakinah
Di malam Al-Qadar penuh barakah
Yang tiada tolok bandingannya
Dalam seribu bulan
Kau tetap indah
Bak nilakandi bertatahkan intan
Di hari yang bertatihnya mega syafak
Di sebalik tulus nirmala awan
Hingga berlabuh fajar pagi
Di sinari kabus nan sani
Seolah mengucap salam perpisahan
Syahdu…….
Nilakandi Ramadan
Nuralana-
KEBENINGAN RAMADAN
Tika dinihari berlabuh menyapa kesyahduan Ramadan
Kubermohon rahmat dalam kebeningan sunyi
Denyut jantungku bertahmid di setiap nadi
Mengharap hidayah
SirrMu Ya ILAHI
Kokokan ayam saling bersahutan
Persis bertasbih padaNya segala kekuasaan
Tatkala itu lisanku masih memujiMu
Ya Rabbal Alamin
Laluku sujud dalam sekudus cahaya yang putih
Dikedinginan subuh nan berkabus
Di alam insan jasad dan nyawa
Sentiasa bertauhid hanya padaNya.
Nukilan rasa,
Bonda Fauziah Binti Hj Hitam
Hasimah:Mulusnya kata-kata Alana dan Fauziah. Bicara dari hati yg baik mudah masuk ke dalam hati yg membacanya. Salam ramadan, Alana dan Fauziah.
ReplyDeleteNaimisa: hanya hijau melambai sakinah ... -:D
Ainadilah:Indah puisi kedua-duanya.
Alana to hasimah: Terima Kasih di atas aspirasi cikgu. Salam Ramadan Kareem jua buat cikgu sekeluarga.
Alana to naimisa: :) Hehe...hijau? Ermm boleh juga la, kerana hijau dan biru adalah warna-warna ketenangan...
Alana to ainadilah: Terima kasih K.Aina kerana membaca karya alana dan bonda.