alana


Sunday, December 4, 2011

Klasik

P1010066

Salam manis dan sejahtera buat kalian yang sentiasa diingatan. Abadilah kasih dan nostalgia di setiap lembaran zaman. Menyingkap semula bagaimana orang dahukala berbahasa dengan untaian kata yang indah. Sedap didengar. Halus bicaranya.

Mereka berbahasa dengan bahasa melayu baku. Asli. Berpakaian kebaya. Klasik. Saya suka juga menonton cerita-cerita lama hitam putih.. unsur-unsur melayu yang ditayangkan hidup dan kita tak rasa jemu menontonnya biarpun berkali-kali. Tulisan mereka unik. Condong ke kanan dan berangkai-rangkai . Saya suka lihat tulisan bonda. Tulisannya juga cantik berangkai-rangkai. Seni.

Terutama tika mendengar lagu lama-lama. Rasa tenang di dalam jiwa. Namun kini, muda mudi lebih suka memakai baju t-shirt singkat dan berseluar ketat. Tidak semestinya kena pakai baju kebaya seperti zaman dulu-dulu, tapi lebih manis jika berpakaian sopan, longgar dan menutup aurat. Mungkin juga pengaruh dari pelbagai sudut menyebabkan mereka lupa pada adab dan agama. Mudah-mudahan kita sentiasa meneliti dan berfikir setiap pergaulan dan pertuturan seharian agar menjadi lebih baik dari semalam.


Yang Cantik Itu Budi


Yang Merah Itu Saga


Yang Cantik Itu Budi


Yang Indah Itu Bahasa




No comments:

Post a Comment