alana


Sunday, December 4, 2011

Indah



Salam sejahtera dan ingatan. Alangkah damainya hati andai dapat wisata ke tempat yang indah. Tentu saja jiwa sakinah bertemankan flora dan fauna. Tidakkan terungkap dengan kata-kata. Asyik melihat keindahan alam ciptaanNya. Subhanallah. Maka di sini kita disunatkan untuk membaca doa memuji Allah apabila melihat kepada keindahan. Doa tersebut yang maksudnya,


Tuhan kami tidaklah Engkau jadikan ini sia-sia, Maha Suci Engkau jauhkanlah kami dari azab neraka”. Dan kerana itu jugalah nabi Muhammad s.a.w mengajak kita berfikir tentang kejadian Allah s.w.t


Sesungguhnya Allah s.w.t suka pada pujian. Kerana itulah dengan memujiNya. Kita diberi pahala. Manusia juga suka dipuji. Apalagi Tuhan yang menciptakan alam ini. Antara dalil-dalil yang menggalakkan kita memuji Allah ialah:


- Segala puji bagi Allah yang telah menciptakan langit dan bumi dan mengadakan gelap dan terang, namun orang-orang yang kafir mempersekutukan (sesuatu) dengan Tuhan mereka. Surah Al-An'am: Ayat 1

- Dia Alllah, tidak ada Tuhan melainkan Dia.. BagiNya segala pujian pada Permulaan dan Akhir.,dan bagiNya juga Putusan dan kepadaNya kamu akan dikembalikan.". -Surah Al-Qasas ayat 70.


Adakala kita perlu renungkan betapa keindahan itu sebenarnya seni. Banyak gambar pemandangan yang diambil jika kita perhatikan di segenap sudut mempunyai seni yang tersendiri. Begitu juga dengan kejadian insan yang Dia ciptakan. Indah dan sempurna. Namun sekiranya ada yang Dia ciptakan sebagai insan istimewa makan janganlah sekali dikesali, kerana disebaliknya tersimpan banyak hikmah yang kita tidak tahu. Ya Salam...Ya Rahman...Ya Rahim..Subhanallah.



No comments:

Post a Comment