alana


Thursday, December 15, 2011

Penantian

Lihat foto ini

Dalam renyai hujan di sore itu

Ku sendiri menanti dan terus menanti

Agar terbuka jendela harapan

Menafsir jilid-jilid naskhah kerinduan

Mencari sebening ketenangan

Di bawah payung Ar-Rahman

Biar zikrilah basah diingatan

Biar kaku di bangku penantian

PadaNya jualah tempat berserah

Menuju destinasi ke puncak pengabdian

-Nuralana-

1 comment:

  1. hasimah:
    Alana, manis sekali rentak hatimu. Teruslah berkarya, Alana. Sdri memang berbakat.

    hbjohar:Melihat hujan, teringat lagu Sudirman Hj Arshad.

    Alana to hasimah:Cikgu, saya dah lama tak berkarya:) Rasa beku saja.Ini baru cuba-cuba semula.

    Alana to hbjohar:Iya ananda pun ingat lagu tu:)Hujan membawa Rahmat dan kedamaian di jiwa..

    Anna_KaReNina:hmmm, cantiknya susunan bahasa... :) secantik tuannya juga

    Ina Marjana:Sajak ini mengungkap kerinduan kepada Maha Pencipta dengan indah ditambah dengan gambar hujan, bertambah indah.

    Matahati:ya,puisi yg cantik. sacantik perempuan berpayung itu.


    Alana to aNNa : Terima kasih kerana sudi membaca :) Salam manis untuk sdr.

    Alana to inamarjana:Terima kasih di atas komentar sdr. Iya puisi ini mempunyai simbolik sebenarnya.

    Alana to matahati:Terima kasih. Benar perempuan berpayung itu cantik kerana dia miliki sifat kesabaran yang tinggi. Di dalam Al-Quran Allah menyebut Fasobrun Jamil."Sabar itukan cantik"....:)

    Bihi:hebat sekali karya sdr. tahniah.

    aMohdFahmi:salam. saya ada titipkan komen di komuniti Penyair.

    Alana to bihi: Terima kasih sdr Bihi...terima kasih juga kerana membaca:)

    Alana to amohdfahmi: Terima kasih atas komentar di Penyair.Saya sudah pun membalasnya di sana.

    MB:sabar itu cantik
    Allah suka pada yang cantik
    bahasamu yang cantik bagaikan zikrullahNYA melaluimu...biar zikrillah membasahi sekujur tubuhmu.

    Aiza :Pilihan gambar yang menarik dan puisi yang mengesankan. Tersentuh hati..:)

    Alana to MB : Terima kasih kerana sudah 2x memberi komentar di sini..moga sdr MB juga sentiasa tenang di dalam zikrilah...

    Alana to Aiza :Terima kasih kerana sudi membaca di sini:) Salam seilham rasa.

    ReplyDelete