alana


Thursday, December 15, 2011

Sepetang yang dingin I

Sepetang yang dingin

Gerimis masih menitis perlahan

Kupandang dari jendela epilog ingatan

Terbentang luas langit kerinduan

Pada naskhah-naskhah khazanah ilmuan

cahaya sebuah peradaban

yang pernahku kutip

di halaman nukilan rasa

para agamawan

Di sepetang yang dingin

Kunyalakan kembali pelita impian

Doa dan amalan

Di jiwa dan dada ini…

Biarlah berkekalan

-Nuralana-

1 comment:

  1. AMohdFahmi:Sajak siber yang cantik: bahasanya lembut, animasinya menyokong dan latar blog yang sesuai.

    Ina Marjana:bahasanya puitis sekali menyatakan kerinduan kepada lautan peradaban yang pernah direnangi dan pastinya akan berkekalan, insyAllah.

    Hasimah:Manis lembut puisi, selembut Alana yg kukenali.

    Ainadilah:Memang syahdu puisi ini. kak ain pun terkenang-kenang sejak berhari-hari yg lalu tentang ilmu. terimakasih atas ingatan lewat puisi ini.


    Alan to amohdfahmi: Terima kasih sdr fahmi...

    Alana to inamarjana: Terima kasih sdr ina. Mudah-mudahan begitulah terima kasih ya.Tidak mengapa sdr mencatat di sini pun sudah bermakna bagi saya...:)

    Alana to hasimah :Terima kasih cikgu yang budiman sepertimana yang pernahku kenali:)

    Alana to ainadilah : Iya terima kasih kerana sudi membacanya.Lautan ilmu yang tidak pernah kering...

    Jebatsari:sdri nuralana apa khabar?
    maaf, lama tak bertandang ke rumah nan indah ini.

    Matahati:nostalgiknya gambar..

    Ros :cantik.. :)

    Kaktus:..begitulah doa kita hendaknya.biarlah berkekalan.Amin.
    cantik puisi alana.saya suka:)

    hbjohar:Hujan di luar jendela. Terusik oleh nostalgia naik keretapi dari Singapura ke Ipoh, Perak dalam renyai hujan. Terbayang Masjid Ubuddiyah di Kuala Kangsar dlm dingin subuh mengayuh basikal bersama rakan di kampung.

    Alana to:
    jebatsari: Alana Alhamdulilah sihat...Iya lama juga sdr tak ke sini. Tapi tidak mengapa:)

    matahati :Gambar ini ala-ala 70-an :)

    rose : Cantik? Dari segi mana tu?:)

    kaktus:Terima kasih sdr kaktus yang baik hati...alana berharap mudah-mudahan begitulah...

    Alana to hbjohar:Oh ini zaman ayahanda kecil atau remaja ni? Di Ipoh tu rumah siapa ya? Bahagia ya saat- saat begitu kan ayahanda?
    Oh begitu ceritanya...kawan-kawan ayahanda dari kaum kerabat istana?Nanti ada rezeki sampai juga ayahanda ke negori ni:)

    Hbjohar:"Ani...! Jangan jemuran, hujan dah turun...!!!" - teringat dialog filem Pendekar Bujang Lapok kegemaran ayahanda sewaktu terpandang hujan di entri ini.

    Bihi:cantik sekali karya sdri. sybas sy ucapkan.

    Alana to hbjohar : Hahaha lucu ya cerita itu ayahanda. Ananda suka juga tengok cerita lama-lama ni..

    Alana to Bihi : Terima kasih sdr Bihi..

    ReplyDelete