alana


Thursday, December 15, 2011

Salam Mahabbah..


Salam bertemu kembali.Salam Mahabbah buat semua rakan dan taulan serta sahabat-sahabat di perkampungan esasterawan ini.Moga kalian sentiasa berada di dalam limpah serta kasihNya selalu.Alhamdulilah kali ini alana berkesempatan untuk paparkan slideshow gambar yang paling banyak berbanding entri yang lain sebelum ini.Selama ini kita bukan sahaja menulis dalam satu team.Malah amat terasa keakraban eSastera.com sebagai satu keluarga.Jadi dengan adanya ikatan seperti ini,mudah-mudahan ianya akan terus berkekalan.

Kita sebagai insan yang kerdil sahaja disisiNya.Kadang-kadang kita diuji dengan pelbagai perkara yang melalaikan.Apatah lagi di dalam menjalinkan persahabatan ini.Sememangnya sukar untuk menjaga hati dan perasaan orang lain.Jalan terbaik yang alana fikirkan perlu untuk menghadapi ujian ini ialah dengan muhasabah diri semula.Kemudian berfikir sejenak,"Kalau tadi aku ini ada mengecilkan hati seseorang,mengapalah berat sangat untuk melafazkan maaf"?Cuba sama-sama kita renung-renungkan kembali.

Apakah sipolan yang menyakitkan hati kita,benar-benar ia ini 100% tak baik?Mustahil tiada yang baik.Mustahil.Fikirkan semula.Pasti ada kebaikan-kebaikan yang pernah dilakukan kepada kita.Cuma nafsu di dalam hati yang mengaburi mata lantas menutupi segala kebaikan sipolan tersebut.Kita hidup di muka bumi ini pun tidak lama.Sebentar cuma.Diketika hidup inilah kita belajar untuk mencari sebanyak mungkin amal kebajikan.Mudah-mudahan sahabat semua tergolong di dalam golongan orang yang bersih jiwa serta hati.

4084tree_4_sm

Ramadan semakin hampir.Di bulan Sya'aban Mubarak ini,bersamalah kita membaiki amalan,supaya apabila memasuki gapura Ramadan nanti,hati kita menjadi benar-benar tulus di dalam melakukan ibadah kepadaNya.

Allah berfirman di dalam Al-Quran:"Dan bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut namaNya serta peliharalah hubungan Silaturrahim kaum kerabat".-Surah An-Nisa':1

Dalam sebuah hadis Qudsi pula Allah berfirman:"Barangsiapa yang memutuskan tali kekeluargaan,akan aku putuskan hubunganKu dengan dia.Dan barangsiapa yang menyambungkan tali kekeluargaan,Akupun akan mengukuhkan tali kekeluargaannya nanti".

Mulai esok alana akan berkampung di Maktab selama seminggu.InsyaAllah bertemu lagi.Salam ingatan jua buat sahabat, Wan.A, Pak2a, Choi, Kerisakti,HB Johar,Insan Yalin,Cura,Rosli Sidek,Jebatsari,Ungol,Mosna,Aj,Embun.Maaf andai terdapat ahli esasterawan yang tiada gambarnya di atas.InsyaAllah akan saya tambahkan bila berkesempatan nanti.Saya menulis di dalam keripuhan yang amat.

1 comment:

  1. Kaktus:Alhamdullilah..saya masih dalam ingatan Alana:)Terima kasih sahabat yg baik..indah budi dan peribadi mu memikat hati ini..:)
    Cantiknya slide ini..Manis ingatan yang baik buat kita semua..bersama memuhasabah diri dalam satu ikatan yang terjalin atas nama ukhuwafillah..semoga ingatan sdri alana sentiasa mewangi..salam tulus sewangi mawar putih di laman:)
    Selamat meneruskan perjuangan yg indah duhai sahabat..sentiasa mendoakanMu di sini..Salam.

    Hasimah:
    Cantiknya persembahan slide. Alana memang kreatif dan cekap. Tahniah atas usaha sdri.

    Hanihamsyari:rajin akak kumpul gambar.. siap dengan slide yang berkelip2. patut la bintang di laman saya dah hilang. ada kat sini rupanya :)

    Alana to Kaktus:Alhamdulilah alana dah balik ke Banglo ini semula.Wah! Bukan main panjangnya catatan sdr kaktus.Terima kasih atas kata-kata inspirasi.Moga beroleh kejayaan hendaknya.-amin-

    Alana to hasimah:Terima kasih cikgu.Slide ini untuk kenangan bersama esastera.com setelah 5 tahun alana bersama keluarga esastera ini,memang terasa Mahabbah fillah.

    Alana to Hani Hamsyari:Kumpul gambar untuk mengimbau nostalgia:)

    ReplyDelete