
Assalamualaikum w.b.t...
Sebening rinduku titipkan buat pertemuan eSastera 9 baru-baru ini yang berlangsung di Al-Azhar Maju, Dataran Senawang. Sebenarnya agak lama aku tidak bertemu dengan sdr Driwan dan cikgu Hasimah. Namun, akhirnya dapat juga bertemu mereka dengan keizinanNya jua. Alhamdulilah.
Seperti catatanku yang lalu. Aku sering saja mengucapkan kata rindu. Iya memang aku rindu.Kala teringatkan kemesraan dan keakraban ahli-ahli eSastera. Ini memang aku puji.:) Bagi aku keakraban menjadi lebih rapat selepas berbual-bual di maya kemudian bertemu pula di alam nyata. Ini memang aku puji. :)
Sebenarnya dalam pertemuan makan-makan pada hari itu, aku sendiri pun tidak tau yang ada 3 Al-Azhar Maju. Selepas semuanya sampai, kami pesan makanan. Sambil makan-makan dan bersembang santai dengan cikgu yang aku kira dari riak wajahnya sama seperti perasaan aku. Gembira dapat bertemu. Bagi aku, Drirwan dan Cikgu ini memang sehati dan sejiwa. Mudah-mudahan Allah berikan kebahagiaan kepada mereka.
Sdr Aiza Zizan dan keluarga turut memeriahkan lagi majlis makan-makan pada hari itu. Sebelum ini, nama K.Aiza selalu didengar tetapi ini kira pertemuan pertama aku dengan dia. Orangnya baik dan selalu tersenyum. Inilah namanya ukhwah. Seterusnya Drirwan ada memberi ucapan yang rasanya menyuntik semula nubari aku untuk terus bersemangat dalam berkarya. Begitu juga dengan ucapan sdr Hasimah yang begitu memotivasikan diri ini.
Akhirnya aku mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih di atas kesudian Sdr Drirwan dan Hasimah, Sdr EP dan isteri, Sdr Aiza Zizan dan keluarga, Sdr MB dan isteri serta sdr Adnan A.M. InsyaAllah mudah-mudahan setiap apa yang dirancang untuk eSastera Selatan pada tahun ini akan dapat dilaksanakan dengan izinNya jua.
Hasimah:Alana, salam sejahtera. Bertemu dgn Alana, Fauziah, dan lain-lain bagai berkumpul satu keluarga. Biarpun sekejap sahaja namun kemesraan terpahat di hati. Insya-Allah kita bertemu lagi dalam kesempatan yg lain. Terima Kasih.
ReplyDeleteBihi:internet dah okey ya... bagus la
Alana to hasimah: Mudah-mudahan begitu lah cikgu. Pertemuan mesra abadi. Salam manis penuh ingatan tulus dari saya dan bonda Fauziah:)
Alana to bihi: Diharapkan begitu dan berterusan lah ok:)