alana


Sunday, December 4, 2011

Seikhlas Hati...

Recovered_JPEG_236

Salam mesra abadi. Moga kalian sentiasa berada di dalam ketenangan yang berpanjangan hendaknya. Sesungguhnya kehidupan ini, tiada yang abadi. Hanya Amalan-amalan Salih sahaja menjadi ukuran kita. Satu amalan yang disebut Amal Salih diterima Allah S.W.T padanya dua syarat.

Syarat yang pertama ialah Ikhlas iaitu amalan yang dilakukan itu semata-mata hanya untuk mengharapkan keredhaan Allah S.W.T.Bukan kerana terpaksa atau mengharapkan pujian orang lain dan yang berkaitan dengan duniawi. Syarat kedua ialah amalan itu haruslah sesuai dengan tuntutan Rasulullah S.A.W.Seperti sabda Nabi S.A.W di dalam satu hadis:

"Barangsiapa yang mengerjakan satu amalan yang tidak ada tuntutan(Ajarannya) dari kami, maka amalan itu akan tertolak (di sisi Allah S.W.T)- HR MUSLIM-


1 comment:

  1. Naimisa:susah nak dapat nilai ikhlas tu....

    Alana to naimisa: Iya memang susah. Apapun yang penting setiap apa yang dilakukan biarlah kita niatkan kerana Allah S.W.T

    Hasimah:Insya-Allah Alana, pesanan yg baik akan kami ingat dan ikuti.

    ReplyDelete