alana


Sunday, December 4, 2011

Semulus Rejab



Salam Israk Dan Mikraj bersamaan 27 Rejab 1430h. Renung sejenak. Begitu Takjub apabila mendengar peristiwa penting ini. Bagaimana Nabi di Israkkan sepertimana yang dirakamkan oleh Allah S.W.T di dalam Al-Quran di dalam Surah Al-Israk:17:1 yang bermaksud:


"Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hambaNya pada suatu malam dari Masjid Al-Haram ke Masjid Al-Aqsa yang kami berkati sekelilingnya, agar kami perlihatkan tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat".


Sesungguhnya banyak perkara yang boleh kita hayati ketika di bulan Rejab ini. Mudah-mudahan dapat kita sama-sama mengamalkan amalan-amalan di Bulan Rejab seperti berpuasa, zikrillah dan sebagainya. Semakin hampir rasanya untuk kita sampai ke Madrasah Ramadan. Inilah masa yang berlalu pantas. Wassalam.


Lihat foto ini

“ Daun hijau di celahan ranting Rindu

bersama gerimis pagi nan Syahdu

Di dada manikam Kalbu

Aku kini Rindu…..

Rindu pada segenap ZatMu

-Nuralana-

Entri 15 Julai 2009

Salam Ingatan. Mudah-mudahan kalian semua di dalam tenang sentiasa. Apa-apapun yang dilakukan biarlah dengan sepenuh hati dan ceriaJ. Minggu lepas kira minggu sibuk juga la. Pada 7 Julai lalu, nenek saya telah kembali ke Rahmatullah. Al-Fatihah.

Saya demam 3 hari. Mungkin kurang istirehat dan sibuk mencipta lirik Dikir Barat di dalam Bahasa Arab. Alhamdulilah Allah permudahkan juga urusan saya walaupun pasukan sekolah hanya mendapat tempat ketiga. Hari itu juga saya sibuk pula menerima undangan hakim Bahasa untuk Dikir Barat dan Kalam Jama'e seperti tahun-tahun yang lalu. Episod demam bersambung lagi...

Demam buat semua mood hilang. Namun saya teringat bila demam kelmarin, ada anak murid yang kasi KFC hehe...tahu juga murid berumur 8 tahun itu berbudi bahasa kepada gurunya:) Demam anugerah dariNya. Moga demam ini beransur sembuh. InsyaAllah.




1 comment:

  1. Hasimah: Salam sejahtera kpd pemilik weblog yg tenang ya Alana, saya hari ni baru habis antibiotik- sehingga 2 kali saya terpaksa cuti sakit, Alana.

    Tulisan Alana dgn sajak itu, tenang dan indah. Mak dr.irwan disemadikan pada 7 Julai. Padan pun Alana kata kita banyak persamaan. Salam kpd Fauziah ya?

    Alana to hasimah:Salam budiman buat cikgu yang diingati. Lama juga cikgu demam ya....Alana pun demam 5 hari kelmarin.
    Terima kasih di atas aspirasi sajak tu. Iya datuk saya juga meninggal pada tarikh yang sama. Memang banyak persamaan. Salam cikgu kepada bonda Fauziah telahpun saya sampaikan.

    Ayu Jamilah:Dik,

    al-fatihah

    ReplyDelete