alana


Thursday, December 15, 2011

Selamat Tahun Baru 2008

Salam bertemu kembali..salam menyambut tahun 2008 dengan penuh kesyukuran dan doa.Mudah-mudahan kalian semua berada di dalam limpahan kurnia RahmatNya yang tidak terhingga. Moga-moga hendaknya tahun baru ini,beserta kita dengan azam baru yang lebih baik dari tahun-tahun yang sebelumnya. Slideshow di atas sengaja saya paparkan ,sebagai kenang-kenangan yang boleh dikongsi bersama...

Sebelum ini, tidak sempat untuk saya catatkan entri ringkas untuk maksu(Salasiah). Beliau merupakan adik bongsu kepada bonda.Baru-baru ini, beliau telahpun dianugerahkan PHD di dalam bidang Kejuteraan Komunikasi dan Rangkaian) pada 25-29 Ogos 2007.Kini beliau merupakan Pensyarah di Fakulti Kejuteraan Universiti Putra Malaysia. Alhamdulilah di atas kurniaNya.Salam jutaan tahniah buat beliau. Moga kejayaan ini adalah satu Inspirasi buat saya dan keluarga..Oh ya! ini sajak bonda khas untuk maksu.

PUISI BUAT ADINDA SALASIAH

Alunan lagu bersilih ganti

Gesekan biola dan gamelan

Di majlis penuh sejarah

Meraikan para graduan

Mengimbau kembali

Saat tangan ini menghayun buaian lenamu

Dalam lipatan kasih yang tak pernah jemu

Sukmaku kian terharu

Perolehan PHD Dr Falsafah

Adalah kerdipan bintang kejayaan

Setelah penat dikau lalui rencam dugaan

Dari itu

Jangan sekali lupa

Penuhi jiwamu itu dengan kalungan takwa

Dalam renyai hujan Rahmat

Selamat di dunia dan akhirat…..

Nukilan dari Kanda Fauziah@Pelita Hati

1.1.2008, 11 p.m

1 comment:

  1. Hasimah:Wah, gembiranya kan Alana. Kejayaan yg begitu hebat. Puisi juga cantik. Tentu Salasiah gembira. Tahniah drpd saya.

    Choy:Saya tumpang saat-saat kebahagiaan itu... Tahniah!

    Matahati:salam dan tahniah buat kamu dan maksu

    Salasiah:Kanda Fauziah dan anakanda Alana, terima kasih di atas penghargaan dan nukilan puisi. Semoga kejayaan ini menjadi penjana semangat bagi anak-anak buah semua. Nasihat dari kanda tetap akan diingati sampai bila-bila.
    InsyaAllah


    Alana to hasimah: Iya cikgu..sungguh gembira.Terima kasih cikgu atas kata-kata aspirasi ini.:)

    Alana to Choy:Terima kasih buat sdr di atas ucapan tahniah ini.:)

    Alana to matahati:iya terima kasih:)

    Alana to Salasiah:Terima kasih kerana sudi berkunjung ke teratak mawar ini,untuk membaca sajak khusus untuk makcu ini...:)Mudah-mudahan menjadi satu inspirasi..

    ReplyDelete