alana


Thursday, December 15, 2011

Semilir-Lafaz Rinduku II


LAFAZ RINDUKU 2

Tika semilir angin bertiup memesrai ubun-ubunku,

Di kebeningan pagi indah nan damai

DIA kurniakan limpahan Rahmat yang tak terhingga

Di dalam taman wadi tasbih cinta

yang mengalir deras

Dalam saraf, urat dan nadi,

Memujinya tak pernah henti

“SUBHANALLAHIWABIHAMDIHI…..

“SUBHANALLAHILAZIM……

Rindu padaNya yang abadi

Kekal sentiasa di sukma sanubari

-nuralana-

MySpace Layouts

1 comment:

  1. Hasimah:Tenang jiwamu, Alana. Suka lihat sdri begitu...

    Nuralana:Terima kasih cikgu.Saya letakkan lagu keroncong, kerana bonda suka dengar keroncong:)

    Bihi:wah, best keroncong tu...

    Alana to bihi :Keroncong hujan:)

    Kaktus:Salam diketenangan Jumaat buat sdri Alana..moga sihat walafiat..
    Sedap bahasa Rindu Alana ya..tenang dibaca,tenang jiwa terasa..:)

    Alana to kaktus:Terima kasih di atas ucapan ketenangan buat sdr kaktus yang manis.Salam mesraabadi dan kedamaian dari alana:)

    Jebatsari:apa khabar? lama tak dengar cerita...

    Matahati:salam.terus berjaya hendaknya.

    Alana to :
    jebatsari: Alhamdulilah sihat..ia saya pun dah lama tak dengar cerita sdr:)

    matahati:Terima kasih dan selamat tahun baru.

    ReplyDelete