alana


Monday, December 5, 2011

Takhta bernilai secangkir Minuman


Salam bahagia buat sahabat fillah semua. Moga hari ini, kita menjadi lebih baik dari hari-hari semalam. Dengan izinNya jua. Sekarang ini, sibuk benar dengan pilihanraya. Mudah-mudahan nanti segalanya selamat dan InsyaAllah pilihanraya kali ini berjalan dengan aman. Bagi saya ini adalah kali pertama saya mengundi dan melihat suasananya. Kalau dulu tiada kesempatan kerana berada di Mesir. Jadi hanya suasana pilihanraya di sana yang dapat saya lihat.

Apapun tidak lengkap andai saya tidak berkongsi sedikit pengisian dengan kalian semua. Kisahnya bermula begini, seorang sufi, Ibn Sammak mengadap raja dengan secangkir minuman. Raja itu meminta sedikit nasihat kepada Ibn Sammak. Lalu Ibn Sammak bertanya kepada raja, "Katakanlah tuanku dalam kehausan yang amat sangat dan hanya terdapat secangkir minuman yang ada di tangan saya ini.

Relakah tuanku membayar secangkir minuman ini dengan seluruh harta tuanku? "Raja itu mengatakan, sudah tentu".

Orang sufi itu meneruskan, "Kalau tuanku terpaksa menyerahkan takhta kerajaan tuanku untuk menghilangkan kehausan itu, bagaimana bolehkan tuanku serahkan"?. Raja menjawab, sudah tentu aku serahkan!".

Ibn Sammak lantas berkata, "Nah tuanku, janganlah tuanku bergembira dengan takhta kerajaan yang nilainya hanyalah seteguk minuman!".

Moga kisah ini memperingatkan kita bahawa kurniaan Tuhan yang berupa secangkir air untuk menghilangkan dahaga sahaja lebih besar nilainya hanya seteguk minuman dan jauhkanlah diri kita dari sifat sombong dengan apa yang ada pada kita, kerana itu juga adalah kurniaan Allah..







1 comment:

  1. Matahati:cerita yang baik, sdri. :)

    Hasimah:Ya Alana, sifat sombong amat dimurkai Allah. T kasih, Alana.

    Hani Hamsyari:salam kak.. lama tak ber-YM. Semoga sejahtera. Jaga diri :)

    Alana to matahati : Terima kasih sdr matahati. Moga sama-sama kita mengambil tauladan darinya:)

    Alana to hasimah: Iya benar. Mudah-mudahan kita dijauhkan dari sifat ini...terima kasih juga kepada cikgu kerana membaca:)

    Alana to Hani Hamsyari : Iya terima kasih kerana sudi membaca. InsyaAllah sama-sama kita menjaga diri:)

    ReplyDelete