alana


Monday, December 5, 2011

Sedetik dan Sesaat

4084tree_4_sm



Sedetik dan Sesaat


Kala ini, aku karam di dalam tafakur sebuah memoir

Segalanya masih basah di ingatan

Aku tercari-cari detik dan saat yang telah jauhku tinggalkan

Ada waktu dan tikanya, kekesalan bagaikan bersembunyi di celah-celah ranting kenangan

Namunku sedari bahawa titian jejak perjalanan ini. Masih terlalu jauh. Seharusnya tiada kamus untuk penat dan letai

Bahkan setinggi ancala mehnah yang Kau berikan. Pastiku daki jua nanti

Tiap sedetik dan sesaat

Mekar mewangi setanggi kebahagiaan

berbaur bibit-bibit kegelisahan

Aku.... hambaMu

yang tiada sekali berputus harap

Kerana kepada Kau jualah tempatku berserah

Sedetik dan Sesaat

Mengguyur air mata keinsafan

Di malam yang penuh syahdu

Rinduku bergentayangan

-Nuralana-







1 comment:

  1. Ina Marjana:indah & puitis percakapan kepada Yang Maha Esa - dgn irama ini menghantar kak ina ke satu dimensi yg berbeza - seakan terlalu ingin dekat pada-Nya

    Hasimah:Alana, saya sebak. Puitis sungguh susunan ayat, muzik, irama hati pun berbuai, terfikir macam2. Betapa... hidup ini indah jika ada kawan2 yg baik. T kasih, Alana... atas suatu kejujuran yg menyejukkan jiwa.

    Ainadilah: membaca puisi ini seolah satu
    muhasabah diri.

    Alana to ina marjana: Terima kasih kak Ulfah kerana membaca. Biarlah jiwa ini sentiasa mengingatiNya jua..

    Alana to hasimah: Cikgu yang budiman. Ini jualah satu cara untuk menenangkan diri dan jiwa. Terima kasih di atas komentar cikgu. Moga jiwa kita sentiasa murni..

    Alana to ainadilah:Iya sama-sama kita bermuhasabah ya kak:)

    ReplyDelete