alana


Thursday, December 15, 2011

Wisata Ke Kota Kinabalu

Salam kedamaian buat sahabat-sahabat yang bertandang ke Anjung Mawar ini. Moga kalian berada di dalam keadaan sihat selalu hendaknya. Lama juga saya tertangguh-tangguh di dalam menulis entri. Ini pun kira curi-curi masa untuk menulis. Harap terlunas sudah hutang saya pada cikgu Hasimah:). Di bawah ini adalah beberapa catatan bonda Fauziah ketika wisatanya ke Bumi Di Bawah Bayu.Pergi ke sana adalah kerana menziarahi abang kedua saya yang menetap di sana.

20/11/2007 :

Perjalanan Air Asia selama 2 jam setengah menjejak kakiku di bumi Sabah Kota Kinabalu. Paras air lautnya amat hampir dengan daratan. Baruku tahu yang dulunya ia adalah kawasan kayu bakau dan kampung air yang telah ditambak menjadi bandar dan perumahan.

Saat ini, aku telahpun berada di Pasar yang mana terdapat pelbagai jenis ikan yang segar-segar dibangunan sebelahnya pula terdapat segala jenis rempah ratus, ikan-ikan kering, buah-buahan dan sayur-sayuran. Tidak jauh dari situ terdapat pasar kraftangan yang beraneka jenis barangan hiasan.

Selama 5 hari di sana, ananda yusri dan isterinya, membawaku berwisata ke Gunung Kinabalu yang terletak dalam daerah Kundasang. Sepanjang perjalanan yang berliku itu, terdapat banyak spesis tumbuh-tumbuhan yanmg kelihatan segar dan indah.Subhanallah.

Setelah menunaikan solat di Masjid Jamek Kundasang, kami pun pulang. Di dalam perjalanan pulang itu, kami berhenti di stesen minyak Petronas Kilometer Tuaran.Kami memuji kebersihan surau beserta tukang cuci wanita yang sangat murah dengan senyuman.

24/11/2007 :

Wisata yang sudah sampai ke penghujungnya.Saat dan tika ini, aku telahpun berada di dalam perut pesawat Air Asia untuk kembali semula ke Semenanjung. Walaupun masa wisataku sekejap cuma, namun keindahan panaroma Bumi Di Bawah Bayu ini,akan sentiasa membuatku terkenang-kenang. Sempatku tulis sebuah puisi dengan judulnya Kinabalu.

KINABALU

Berliku jalan ke Kinabalu

Banjaran Ardi tersusun tinggi

Tumbuhan dan bunga-bunga persis menyambut tamu

Sesegar nyaman bagaikan di waktu pagi

Hembusan angin menerjah wajahku

Di kaki gunung Timpohon

Gerimis turun membasahi pipi

Bagaikan sedingin turunnya salju

Ku tatapi puncakmu

Dilitupi awan bak gugusan kapas yang berarak

Tersergam..

Agungnya Ilahi menciptamu

Tiang Banjaran di Negeri Bawah Bayu..

p/s Cikgu Hasimah : Moga sdr Hasimah sentiasa sihat selalu. Gambar-gambar di sana masih belum dapat diletakkan di sini. -Fauziah-

1 comment:

  1. Hasimah:Manisnya budi bahasa, manisnya kata-kata, saya terharu Fauziah. Indah, segala-galanya indah. Terima kasih, wassalam.

    Alana, semoga bahagia sdri hendaknya.

    Anbakri:Senyum itu hikmat.Tanpa perlu berkata-kata itupun,senyum itu sudah berkata-kata.

    Bihi:sudah lama kami tak ke kota kinabalu..


    Untuk Cikgu dari Fauziah:Terima Kasih kerana sudi membaca Kinabalu cikgu.Salam manis dari saya.

    Alana to Anbakri:Benar. Senyum yang manis adalah dari hati pemberi senyuman yang ikhlas.

    Alana to bihi:Sudah lama.....alana belum pernah.Tunggu peluang itu tahun hadapan.

    Bihi:cik Alana jom la kita pegi sama-sama, jalan-jalan dikota belud sana...

    Alana to Bihi : Teringin nak pergi tapi sekarang ini masih dalam kesibukan....tahun depan mungkin.

    ReplyDelete