alana


Sunday, December 4, 2011

Tulis

2183164988_666e10db34


Salam ingatan. Salam bertemu kembali. Menulis itu rutin. Hari-hari sibuk. Agak payah untukku Istiqamah. Namun jika tiada menulis, fikiran menjadi kian buntu dan gelisah pula. Oleh itu, hari ini saya cuba menulis kembali. Biar hilang semua kegelisahan di dalam jiwa.

Bila sebut tentang tulisan, ada seorang sahabat memberitahu saya tulisan menggambarkan hati,sifat dan tabiat seseorang mengikut jenis tulisan samada menegak, condong ke kanan atau ke kiri, kecil, besar mahupun sederhana. Namun sejauhmana kebenarannya atau ia secara kebetulan sahaja?

Pernah juga saya bertemu dengan orang yang wajahnya nampak matang, namun apabila dia menulis, tulisannya besar seperti tulisan kanak-kanak kecil. Yang lucunya disebalik muka matangnya terselit tabiatnya yang seperti keanak-anakan. Mungkin juga ada benarnya.

Ada juga saya cari di blog dan web berkaitan jenis tulisan dan perwatakan. Saya terjumpa artikel pakar motivasi Dato' Dr. Fadzilah Kamsah katanya:
  • Tulisan ditekan - Seorang yang cergas, pantas dan agresif.
  • Tekanan ringan - Seorang yang tidak begitu sihat dan mudah sakit.
  • Tulisan berbentuk bulat - Emosional, prihatin, penyayang, peka dan kreatif.
  • Tulisan tajam - Rasional, sistematik, pandai mengurus, banyak guna otak kiri.
  • Tulisan condong ke kanan - Ramah, penyayang, berani, pemurah.
  • Tulisan condong ke kiri - Suka menyimpan rahsia, pemalu, setia, kurang bercampur dengan orang.
  • Tulisan tegak - Sistematik, suka berkawan, suka cari jalan tengah.
  • Tulisan bercampur-aduk - Emosi tak tetap.
  • Tulisan jarang-jarang - Tak suka campur orang, kurang mesra
  • Tulisan rapat-rapat - suka bergaul, tapi amat bergantung dengan orang lain, sangat berjimat.
  • Ekor bagi huruf j, g, y dan z besar - Emosi ditunjukkan dengan jelas, penyayang, pandai tunjukkan kasih sayang, pemurah, rajin.
    Ekor huruf j, g, y dan z kecil dan x lengkap - Tak pandai pamer emosi, kurang rajin.
  • Palang t tinggi - Aspirasi tinggi.
  • Palang t rendah - Mudah puas hati, tidak bercita-cita tinggi.
  • Palang t sederhana - Usaha dan tahap pencapaian yang sederhana.

Apapun jenis tulisan, ia adalah suatu yang abstrak dan yang penting kita menjadi diri kita dengan perwatakan yang positif serta sentiasa cuba membaiki kelemahan yang ada:) Salam Muhibah.- Nuralana-



1 comment:

  1. Hasimah:Haha menarik jugak ya pasal bentuk tulisan kita. Tulisan cikgu agak kemas. Tak cantik ditulis sambung. Elok kalau tulis satu-satu.

    Mie :emm bagus pandangan itu. Agak2 kebarangkalian ketepatannya berapa persen ya? Apa pun mmg menarik.

    hasimah: Iya. Mesti cikgu ni juga seorang yang sistematik dan penuh displin dalam kehidupan. Tulisan alana pula condong ke kanan.Adakala bersambung adakala tidak. Sama dengan bonda Fauziah punya tulisan tapi tulisan dia cantik dan klasik.

    mie: Hehe tak taula alana berapa persen...itu hanya kajian je.

    ReplyDelete