alana


Sunday, December 4, 2011

Kasih Ibu............

anggerik bukan


Salam ceria dan bahagia buat sahabat yang dirindui. Moga sihat selalu hendaknya. Dikesempatan yang ada ini, alana ingin mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua yang bergelar ibu. Juga tidak dilupakan buat bonda Fauziah. Terima kasih di atas pengorbanan yang tiada terhingga. Mudah-mudahan beroleh kejayaan di dunia dan akhirat. Bulan 5 ini sememangnya adalah hari-hari penting. 7 Mei lepas baru saja hari kelahiran saya, kemudian hari ibu, hari lahir bonda Fauziah 15 Mei dan Hari Guru.Hendak bagi apa ya? Baju?, atau bunga? Ermm supprise:)

Di hari ibu ini, seronok juga kalau kita kenangkan memoir-memoir suka duka bersamanya. Tapi, dia ibu yang penyabar, sentiasa tenang dan tabah. Inilah dia anugerahNya. Syukur. Di sini ada sedikit ucapan buat semua kaum ibu :

Semurni kasih ibu, Setulus nurani kalbu, segugus doa syahdu. Sehelai daun cinta ,gugur satu persatu.Manikam indah dalam peti baldu rindu. Engkaulah teman dan jua Ratu...biarpun jauh beribu batu. Akan daku kenang selalu. Selamat Hari Ibu....




1 comment:

  1. Ina Marjana:tulisan alana sentiasa tidak mengecewakan... puitis dan tersusun indah terutama sajak itu. Selamat Hari Ibu utk ibu alana ya.

    Hasimah:Alana selalu halus budi bahasanya. Salam sejahtera, Alana.

    ina marjana ulfah: Terima kasih k.Ulfah kerana sudi membaca. Iya sudah alana sampaikan kepada ibu:)

    hasimah : Terima kasih cikgu yang budiman. Selamat Hari Ibu...:)

    ReplyDelete