alana


Sunday, December 4, 2011

Pertemuan Belitung

IMG_0056

IMG_8459 copy

Berdiri Belakang Dari Kiri: Dipinggiran,Isteri MB,Isteri EP, Teratai,Nuralana,Fauziah, S.Salha

Duduk Dari Kiri: Muhd Zakir,Izle,EP,Adnan AM,Dr Irwan,Ilhami,MB,Alang Rock

Duduk Depan Dari Kiri: Ode,Aliff Mustakim,Hanif,Latiff


Salam bertemu kembali buat sahabat yang diingati. Saya nak cerita tentang pertemuan Gulai Belitung lepas, tetapi selalu saja tergendala. Ini disebabkan gambar belum dapat saya masukkan lagi. Apapun nanti saya akan masukkan kemudian. InsyaAllah.

Pertemuan Gulai Belitung lalu yang berlangsung pada 13 April bersamaan hari Ahad. Tentunya masih saya ingati. Pertemuan ini adalah buat yang kedua kalinya di Sekolah Assaidiah, Jalan Gedung Lalang, Seremban. Memang seronok..maklumlah lama dah saya tak ikuti program sastera. Saya kira, inilah pertemuan saya dengan rakan-rakan baru eSastera,com. Kali pertama bertemu dengan sdr Teratai yang rupa-rupanya lebih cun dari yang saya lihat di dalam gambar:), sdr Dipinggiran yang manis. Terima kasih di atas jamuan-jamuan yang enak-enak dari kalian.

Begitu juga dengan Dr Irwan yang kelihatan ceria pada hari itu. Saya nampak beliau benar-benar bersemangat di dalam memperkatakan tentang eSastera.com. Terima kasih di atas kesudian hadir ke majlis ini. InsyaAllah bertemu lagi nanti di Pertemuan eSastera seterusnya di suatu tempat seperti yang dicadangkan. Nanti bolehlah bawa cikgu Hasimah sekali:) Cikgu, di majlis itu alana & ibu Fauziah membawa daging salai cilipadi dan agar-agar kentang.

Seterusnya Sdr Ilhami & Isteri beserta anak-anak yang cute. Perjalanan program yang lancar dan bertenaga dengan jamuan kopi Radix dari sdr Ilhami. Sdr MB & isteri yang bertungkus lumus menyediakan Gulai Belitung. Sdr Adnan A.M selaku Pengerusi program terlalu excited untuk ke pertemuan ini:) Lagi Sdr Alif Mustakim, kira pertama kali juga saya temuinya. Erm, kurang bercakap dengannya mungkin dia ini agak pemalu:) Lagi sahabat saya Syarifah Salha & Mohd Zakir yang kelihatan semakin berseri-seri:) Sdr Alang Rock dan Izle jemputan dari Kem 9. Sdr EP & isteri, sdr Ode yang relaks dalam mendeklemasikan sajak. Jauh juga dia berjalan hari itu, hinggakan tersesat:)Ada baca puisi, teka-teki, berbalas pantun dan lain-lain seperti yang telah diceritakan di blog esasterawan sdr Teratai & Ilhami.

Pertemuan kali ini, saya bawa sebahagian dari keluarga. Bukan apa, hendak menambah keceriaan di majlis yang saya kira bermakna ini..nanti lain kali saya ingat nak bawa sekali orang-orang kampung:) Akhirnya saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada sesiapa yang terlibat di dalam menjayakan program ini. Moga usaha kalian di dalam berkatNya jua. Moga ukhwah kita berkekalan.







1 comment:

  1. Hasimah:Tahniah, Alana. Seronok baca. Agar2 kuning yang Alana buat pun sedap. Drirwan pun bercerita sedap dia makan. Drirwan balik tiba kat rumah hari tu, jam 9 malam.
    Pada hari tu, saya sibuk melayan makan dgn Ryzal. Dia nak makan makanan panas... seperti fries, roti telur, maggi,... jadi saya kena buatlah Alana. Dia tak makan nasi.

    Ina Marjana:tahniah akan kejayaan program ini.Mesti menarik & enak2 masakannya. Akak teringin sgt nak pergi tapi apakan daya, perancangan Allah mengatasi segalanya.

    Tapi sedap betul makanan yg drirwan bawa balik hari tu. Semuanya cikgu rasa. T kasih ya Alana. Salam kpd Fauziah.


    Salam cikgu...Wah! Panjang lebar ya komentar cikgu ni.:) Ryzal nanti alana ajar makan cilipadi pula lepas ni:) Semua jamuan tu rezeki pada hari itu. Moga kita berkesempatan untuk berjumpa lagi nanti ya cikgu....Iya salam cikgu, sudah alana sampaikan pada ibu Fauziah.

    Alana to Marjana Ulfah : Apakan daya. Kita pasti bersua juga nanti. Dengan izinNya jua. Terima kasih kerana sudi membaca.

    Kak Aiza:SEronoknya! Sayang sekali kak Aiza tak sempat nak hadir. Balik Johor petang Jumaat minggu tu dan sampai rumah dah pukul 9.00 malam hari Ahad. Terlepaslah program Belitung. Harap2nya dapat hadir kenduri Alana la pula nanti. Insya Allah. ;)

    Alana to:
    Ainadilah:sedapnyer....tahniah nuralana
    Aiza : Hehe...insyaAllah ada rezeki kita ketemu juga nanti ya...kenduri alana??:)

    ainadilah : Terima kasih di atas kunjungan k.Aina:)

    teratai:jgnlah lah memuji begitu sekali.. byk kekurangan pada diri saya yang terlebih...daging hehehe. sdr nuralana manis orangnya..!

    Alana to:
    matahati:Lapar? Nanti datang Negeri Sembilan masak lomak cilipadi ya..:)

    Teratai : Haha...saya pun biasa-biasa saja:)

    ReplyDelete