alana


Sunday, December 4, 2011

Taubat

1466074398_ec72c45cd3


Jadikanlah Al-Quran itu Surat Cintamu

Jadikanlah Solat itu Penghubung dengan TuhanMu

Jadikanlah dzikir itu Kerinduanmu

Dan Jadikankanlah Mati itu Pertemuan pertama dengan KekasihMu….

Salam fillah buat sahabat yang diingati sentiasa..Moga hari ini adalah hari yang terbaik buat kita. Alhamdulilah dengan izinNya jua. Bangun dari tidur tadi, saya rasakan satu ketenangan.Syukur. Saya teringatkan sebuah kisah iaitu bagaimana awan mengikuti orang yang bertaubat...

Kisahnya bermula begini, diriwayatkan bahawa seorang tukang jagal terpesona kepada seorang tetangganya. Suatu hari, gadis itu keluar untuk menyelesaikan urusan keluarganya di desa lain. Si Tukang jagal lalu mengikutinya dari belakang sampai akhirnya berhasil menemukannya. Si tukang jagal memanggil gadis itu dan mengajaknya menikmati kesempatan yang indah itu, tetapi gadis tersebut menjawab "Jangan lakukan. Meskipun aku sangat mencintaimu. Aku sangat takut kepada Allah".

Mendengar jawapan itu, si tukang jagal merasa dunia berputar. Oleh kerana menyesal dan sedar hatinya gementar tenggoroknya kering dan hatinya semakin berdebar, dia lalu berkata. "Kau takut kepada Allah sedangkan aku tidak".

Dia pulang sambil bertaubat. Di jalanan dia diserang haus dan nyaris mati. Dia kemudian bertemu seorang soleh. Mereka berjalan bersama. Mereka melihat gumpalan awan berjalan menaungi mereka berdua sampai mereka masuk ke sebuah desa. Mereka yakin bahawa awan itu untuk orang soleh. Kemudian mereka berpisah di desa tersebut. Awan itu, ternyata condong dan terus menaungi si tukang jagal itu, sampai dia tiba di rumahnya.

Orang soleh tadi hairan melihat keadaan ini. Dia lalu mengikuti tukang jagal tadi dan bertanya kepadanya. Maka lelaki yang soleh tadi berkata:" Janganlah hairan terhadap apa yang kau lihat, kerana orang yang bertaubat kepada Allah itu, berada di suatu tempat yang tak seorang pun berada di situ"

Begitulah kisah taubat yang masih saya ingati. Moga ia menjadi renungan buat kita sesama insan. Seperti Firman Allah s.w.t di dalam Al-Quran.

"Berpesan-pesanlah kamu kepada kebenaran dan berpesan-pesanlah dengan kesabaran" Surah Al-Asr ayat:4,5.....

Salam fillah.










1 comment:

  1. Hasimah:Dakwah Alana yg penuh hikmah dan kaya nilai sibernya ini, memang menyentuh keinsafan. Terima kasih, Alana. Moga2 sdri menemui kebahagiaan yang diidam2kan. Saya turut mendoakan. Salam kpd fauziah, ibu Alana.

    Jebatsari:.terima kasih. menyentuh hati.

    Matahati:menarik cerita ini, ustazah..:)

    Alana to:

    hasimah: Terima kasih cikgu kerana sudi membaca. Terima kasih juga di atas doa. Salam cikgu sudah alana sampaikan pada ibu. Diia juga menyampaikan salamnya buat cikgu..:)

    jebatsari: Terima kasih jua kepada sdr kerana sudi membaca. Mudah-mudahan mendapat manfaat darinya...

    matahati: Oh pertama kali sdr memanggil saya dengan ustazah:) Panggil alana saja pun tidak mengapa.

    Ina Marjana:tk berkongsi kisah ini. Moga suatu hari nanti kita upaya mencicipi nikmat taubat yang manis itu.

    Ainadilah: Allah!! terimalah taubat hambaMu ini.

    Alana to hasimah: Terima kasih cikgu kerana sudi membaca. Terima kasih juga di atas doa. Salam cikgu sudah alana sampaikan pada ibu. Diia juga menyampaikan salamnya buat cikgu..:)

    Alana to jebatsari: Terima kasih jua kepada sdr kerana sudi membaca. Mudah-mudahan mendapat manfaat darinya...

    Alana to matahati: Oh pertama kali sdr memanggil saya dengan ustazah:) Panggil alana saja pun tidak mengapa.

    Alana to Ina Marjana:Salam manis buat K.Ulfah. Mudah-mudahan begitulah. Yang penting kita tidak berputus harap dengan Rahmat Tuhan...

    Alana to Ainadilah : Mudah-mudahan Allah terima taubat kita.

    ReplyDelete