alana


Sunday, December 4, 2011

Sakit


Salam semulus bicara. Mudah-mudahan kalian sentiasa di dalam limpah kurniaNya jua dan sihat hendaknya. Seindah ukhwah. Manisnya takwa.

4511656860_513003c848_b

Adakala ketika sakitlah kita terkenang akan pelbagai rasa. Mungkin jadi gundah, kecewa, putus asa, sesal dan akhirnya bertawakal hanya padaNya. Benar! Sakit itu dugaan dan ujian yang ada hikmah disebaliknya. Sakit menyedarkan kepada kita betapa lemahnya insan dalam mengawal faktor luaran dan betapa perlunya kita kepada kekuatan Allah. Firman Allah di dalam Surah An-Nisa':28.........Dan Manusia dijadikan bersifat lemah".

Sakit juga menyedarkan kita tentang kafarrah(penghapusan) dosa kita masa lalu samada kita sedari atau tidak sedari. Maka bertawakal hanya padaNya. Sabar meningkatkan takwa seorang hamba dengan penciptaNya. Lalu apakah tindakan kita dalam menghadapi tindakan yang memeritkan itu? Biarkan hati tenang dan pasrah. Syakallah/Syafakillah,(Mudah-mudahan segera sembuh dengan izinNya jua).

Merayu dan merintih hanya kepada Allah dan bersabar. Bacalah doa perangsang sebagaimana Nabi Ayyub a.s yang bermaksud:" Wahai Tuhanku sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit (kemudharatan) dan Engkaulah yang Maha Mengasihani.(Al-Anbiya:83).

Bersangka baik dengan Allah.Daripada Jabir( r.a) meriwayatkan: Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud, Janganlah mati salah seorang daripada kamu melainkan setelah dia bersangka baik dengan Allah Taala".HR MUSLIM. Juga jangan mencela penyakit.

Mesti berubat. Tidak mengharapkan mati. Sekiranya terpaksa, hendaklah dia berdoa, "Ya Allah hidupkanlah aku jika hidup ini lebih baik untuk diriku dan matikanlah aku jika mati itu lebih baik untuk diriku".

Moga kita selalu berada di dalam keberkatan hidup dengan melakukan perkara yang memberi manfaat dan menjadikan hari ini lebih baik dari semalam. Sekadar renungan bersama kerana kita insan biasa yang sering alpa dan leka. Salam Sejahtera.-Alana-


No comments:

Post a Comment