Salam Awal Muharam 1429. Mudah-mudahan kehidupan yang kita lalui hari ini akan terus gemilang di dalamredhaNya jua.Moga Allah memperkenankan doa di akhir dan awal tahun ini.Kita berharapkan Nur yang menerangi jiwa nurani akan terus kekal di sanubari.Dengan izinNya jua.
Di bawah ini adalah puisi sdr HB JOHAR BUANG @ Kebun Langit. Saya sangat menyukai puisi sufistik yang selalu beliau nukilkan. Koleksi puisi sufistiknya turut termuat di dalam buku Perahu Melayu Di lautan Khulzum dan Sahara yang pernah saya hadami isinya.Indah dan begitu mendalam sekali setiap diksi di dalam puisi tersebut.Haza Min Fadhli Rabbi...
Lampu Tidur
saat Kaunyalakan lampu tidur itu
mimpi-mimpi tak bernyawa
terbaring di atas batu yang panjang
tika kamarku bercahaya
ke mana Kaupindahkan matahari dan bulan
Kaucerminkan puisi
pada dinding-dinding yang sirna
akukah yang beralih
dari gelap ke terang
dari aku ke Kau
kubuka jendela
kupandang wajah langit
malam, aku bagaikan al-buruuj
cahaya berdamping cahaya
tak kunampak lagi bayang-bayang di bumi
hanya Nama-Nama-Mu yang indah
sepanjang usiaku
berzikir untuk-Mu
©puisi H.B. Johar
nyanyian NURADEE
lagu ciptaan Zubir Abdullah
album KAKILANGIT SENANDUNG PUISI
Matahati:salam maal hirah, lana
ReplyDeleteHasimah:
Sedapnyaaa lagu, sedapnyaaaa puisi. Alana sentiasa manis berbudi bahasa. Salam buat Fauziah yg tenang.
Alana to matahati:Salam Maal Hijrah jua buat sdr.Moga bahagia selalu.
Alana to hasimah:Terima kasih kerana membaca iya cikgu yang budiman.Bonda sampaikan salam pada cikgu..:)