alana


Monday, December 5, 2011

Ya Nabi Salam Alaih

Salam bertemu kembali buat sahabat-sahabat fillah yang diingati. Moga sentiasa berada di dalam redhaNya selalu. Dengan nama Tuhan yang Ar-Rahman Wa Ar-Rahim, kita masih lagi bernafas dengan nadi iman dan islam. Alhamdulilah...Selawat buat junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w. Sirah yang masih diingati biar zaman berganti zaman.Ya Nabi Salam Alaih..Sentiasalah sama-sama kita berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.

Rindu Abadi


I- Rinduku jauh terpendam
Penantian nan karam
Ketemu Masjidilharam
Kiblat sujudku yang iltizam

II- Rinduku akan rasulku
Wajah kasih menerangi isi kalbu
Hidayah turun datangnya ilmu
Penyuluh hidup tak kira waktu

III- Rinduku pedoman iman
Jangan langgar laranganNya
Tetapku genggam hingga berzaman
Amanat wasiat pada warisan

IV- Rinduku kekal abadi
Hingga sampai ke alam sepi
Walaupun diri dilukai
.. Jiwaku tenang bersemadi

Nukilan rasa,
Bonda Fauziah Hitam





1 comment:

  1. Ina Marjana:Indah susunan bahasa sdr. Moga tibanya hari kelahiran Junjungan kita akan menambahkan rindu kepada Yang Maha Penyayang.

    Alana to Ina marjana: Oh ini puisi dari nukilan rasa bonda Fauziah. Mudah-mudahan begitulah yang diharapkan. Moga lisan kita tidak henti-henti berselawat pada baginda s.a.w

    Ainadilah:Salam buat bonda alana. Moga kekal kasih ini buatMu ya Allah dan rasul-Mu ya Allah.

    Hasimah:Salam Alana, Fauziah... cantik sajak, cantik segala-galanya di sini.

    Alana to ainadilah: Iya bonda juga kirim salam pada kak Aina.Moga begitulah harapan hendaknya. Ya Nabi Salamun Alaih..

    Alana to Hasimah: Terima kasih kerana membaca ya cikgu...

    ReplyDelete