Sedetik dan Sesaat
Kala ini, aku karam di dalam tafakur sebuah memoir
Segalanya masih basah di ingatan
Aku tercari-cari detik dan saat yang telah jauhku tinggalkan
Ada waktu dan tikanya, kekesalan bagaikan bersembunyi di celah-celah ranting kenangan
Namunku sedari bahawa titian jejak perjalanan ini. Masih terlalu jauh. Seharusnya tiada kamus untuk penat dan letai
Bahkan setinggi ancala mehnah yang Kau berikan. Pastiku daki jua nanti
Tiap sedetik dan sesaat
Mekar mewangi setanggi kebahagiaan
berbaur bibit-bibit kegelisahan
Aku.... hambaMu
yang tiada sekali berputus harap
Kerana kepada Kau jualah tempatku berserah
Sedetik dan Sesaat
Mengguyur air mata keinsafan
Di malam yang penuh syahdu
Rinduku bergentayangan
-Nuralana-
Ina Marjana:indah & puitis percakapan kepada Yang Maha Esa - dgn irama ini menghantar kak ina ke satu dimensi yg berbeza - seakan terlalu ingin dekat pada-Nya
ReplyDeleteHasimah:Alana, saya sebak. Puitis sungguh susunan ayat, muzik, irama hati pun berbuai, terfikir macam2. Betapa... hidup ini indah jika ada kawan2 yg baik. T kasih, Alana... atas suatu kejujuran yg menyejukkan jiwa.
Ainadilah: membaca puisi ini seolah satu
muhasabah diri.
Alana to ina marjana: Terima kasih kak Ulfah kerana membaca. Biarlah jiwa ini sentiasa mengingatiNya jua..
Alana to hasimah: Cikgu yang budiman. Ini jualah satu cara untuk menenangkan diri dan jiwa. Terima kasih di atas komentar cikgu. Moga jiwa kita sentiasa murni..
Alana to ainadilah:Iya sama-sama kita bermuhasabah ya kak:)