alana


Thursday, December 15, 2011

Warna-warna-Subhanallah

pelangimb5

Pelangi atau di dalam bahasa Arabnya dipanggil "Qausu quzahin". Di dalam Bahasa Inggeris Terapi warna disebut "Colour Vibration Therapy".Indah pada tujuh lapisan warnanya.Begitu menggambarkan terlalu cantik ciptaan ILAHI ini.Warna adalah aura semulajadi dan setiap warna melambangkan makna yang tersendiri.

Aura ini juga dikaitkan dengan medan tenaga dan pantulan hayat di dalam badan kita.Aura warna ini,ia membalikkan kesan bergantung kepada kesihatan,perwatakan,aktiviti mental dan emosi kita.Ada fakta mengatakan aura juga boleh mengesan penyakit.

Saya terjumpa satu website berkaitan warna dan aura.Andai warna hitam atau warna biru tua di sekitar tubuh bererti seseorang itu mengalami satu penyakit atau gangguan fizikal yang belum zahir untuk menjadi penyakit.Namun warna hitam di sekitar kepala dikatakan seseorang itu mungkin mengalami stress atau gangguan perasaan.

Sebagai contoh,orang melayu dan india saling menasihatkan mereka yang bermasalah untuk mandi bunga dengan tujuan memperbaiki aura diri. Warna pink dikatakan(api),putih(angin),biru(tanah),dan hijau,(air).Menurut kajian,mengenali warna diri sebenarnya kita mengenali personaliti diri.

Umpamanya ramai yang menyukai warna-warna tertentu sebagai warna kegemaran tetapi tanpa disedari itulah lambang warna kelemahan diri.Kita akan mengetahui warna peribadi diri dengan membuat "theraphy" oleh pengamal CTV(Terapi Getaran Warna).

Ketetapan Syariat berkait rapat dengan unsur-unsur kejadian(hakikat) angin,api,air dan tanah bermula dari cakarawala sehingga ke bawah bumi dan kejadian manusia.Di dalam istilah Sains Kimia dikenali sebagai Nitrogen,Oksigen,Hidrogen dan Karbon.Manakala dari istilah fiziknya pula dikenali sebagai cahaya,haba,kimia,magnet.

CVT telah mengkaji 4 unsur tadi tentang kedudukannya dari cakarawala sehingga bumi dari spektif kimia dan fizik yang tiada batasannya.Saya akhiri entri ini dengan renungan dari potongan ayat Surah Ali-Imran ayat 191:

371108434_d9be4f3214

"(Iaitu) orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk,atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi,(Seraya berkata):"Ya Tuhan Kami,tiadalah engkau menciptakan ini dengan sia-sia.Maha Suci Engkau,maka peliharalah kami dari siksa neraka".

Wisata Ke Kota Kinabalu

Salam kedamaian buat sahabat-sahabat yang bertandang ke Anjung Mawar ini. Moga kalian berada di dalam keadaan sihat selalu hendaknya. Lama juga saya tertangguh-tangguh di dalam menulis entri. Ini pun kira curi-curi masa untuk menulis. Harap terlunas sudah hutang saya pada cikgu Hasimah:). Di bawah ini adalah beberapa catatan bonda Fauziah ketika wisatanya ke Bumi Di Bawah Bayu.Pergi ke sana adalah kerana menziarahi abang kedua saya yang menetap di sana.

20/11/2007 :

Perjalanan Air Asia selama 2 jam setengah menjejak kakiku di bumi Sabah Kota Kinabalu. Paras air lautnya amat hampir dengan daratan. Baruku tahu yang dulunya ia adalah kawasan kayu bakau dan kampung air yang telah ditambak menjadi bandar dan perumahan.

Saat ini, aku telahpun berada di Pasar yang mana terdapat pelbagai jenis ikan yang segar-segar dibangunan sebelahnya pula terdapat segala jenis rempah ratus, ikan-ikan kering, buah-buahan dan sayur-sayuran. Tidak jauh dari situ terdapat pasar kraftangan yang beraneka jenis barangan hiasan.

Selama 5 hari di sana, ananda yusri dan isterinya, membawaku berwisata ke Gunung Kinabalu yang terletak dalam daerah Kundasang. Sepanjang perjalanan yang berliku itu, terdapat banyak spesis tumbuh-tumbuhan yanmg kelihatan segar dan indah.Subhanallah.

Setelah menunaikan solat di Masjid Jamek Kundasang, kami pun pulang. Di dalam perjalanan pulang itu, kami berhenti di stesen minyak Petronas Kilometer Tuaran.Kami memuji kebersihan surau beserta tukang cuci wanita yang sangat murah dengan senyuman.

24/11/2007 :

Wisata yang sudah sampai ke penghujungnya.Saat dan tika ini, aku telahpun berada di dalam perut pesawat Air Asia untuk kembali semula ke Semenanjung. Walaupun masa wisataku sekejap cuma, namun keindahan panaroma Bumi Di Bawah Bayu ini,akan sentiasa membuatku terkenang-kenang. Sempatku tulis sebuah puisi dengan judulnya Kinabalu.

KINABALU

Berliku jalan ke Kinabalu

Banjaran Ardi tersusun tinggi

Tumbuhan dan bunga-bunga persis menyambut tamu

Sesegar nyaman bagaikan di waktu pagi

Hembusan angin menerjah wajahku

Di kaki gunung Timpohon

Gerimis turun membasahi pipi

Bagaikan sedingin turunnya salju

Ku tatapi puncakmu

Dilitupi awan bak gugusan kapas yang berarak

Tersergam..

Agungnya Ilahi menciptamu

Tiang Banjaran di Negeri Bawah Bayu..

p/s Cikgu Hasimah : Moga sdr Hasimah sentiasa sihat selalu. Gambar-gambar di sana masih belum dapat diletakkan di sini. -Fauziah-

Semilir-Lafaz Rinduku II


LAFAZ RINDUKU 2

Tika semilir angin bertiup memesrai ubun-ubunku,

Di kebeningan pagi indah nan damai

DIA kurniakan limpahan Rahmat yang tak terhingga

Di dalam taman wadi tasbih cinta

yang mengalir deras

Dalam saraf, urat dan nadi,

Memujinya tak pernah henti

“SUBHANALLAHIWABIHAMDIHI…..

“SUBHANALLAHILAZIM……

Rindu padaNya yang abadi

Kekal sentiasa di sukma sanubari

-nuralana-

MySpace Layouts

Selamat Tahun Baru 2008

Salam bertemu kembali..salam menyambut tahun 2008 dengan penuh kesyukuran dan doa.Mudah-mudahan kalian semua berada di dalam limpahan kurnia RahmatNya yang tidak terhingga. Moga-moga hendaknya tahun baru ini,beserta kita dengan azam baru yang lebih baik dari tahun-tahun yang sebelumnya. Slideshow di atas sengaja saya paparkan ,sebagai kenang-kenangan yang boleh dikongsi bersama...

Sebelum ini, tidak sempat untuk saya catatkan entri ringkas untuk maksu(Salasiah). Beliau merupakan adik bongsu kepada bonda.Baru-baru ini, beliau telahpun dianugerahkan PHD di dalam bidang Kejuteraan Komunikasi dan Rangkaian) pada 25-29 Ogos 2007.Kini beliau merupakan Pensyarah di Fakulti Kejuteraan Universiti Putra Malaysia. Alhamdulilah di atas kurniaNya.Salam jutaan tahniah buat beliau. Moga kejayaan ini adalah satu Inspirasi buat saya dan keluarga..Oh ya! ini sajak bonda khas untuk maksu.

PUISI BUAT ADINDA SALASIAH

Alunan lagu bersilih ganti

Gesekan biola dan gamelan

Di majlis penuh sejarah

Meraikan para graduan

Mengimbau kembali

Saat tangan ini menghayun buaian lenamu

Dalam lipatan kasih yang tak pernah jemu

Sukmaku kian terharu

Perolehan PHD Dr Falsafah

Adalah kerdipan bintang kejayaan

Setelah penat dikau lalui rencam dugaan

Dari itu

Jangan sekali lupa

Penuhi jiwamu itu dengan kalungan takwa

Dalam renyai hujan Rahmat

Selamat di dunia dan akhirat…..

Nukilan dari Kanda Fauziah@Pelita Hati

1.1.2008, 11 p.m

Salam Maal Hijrah-Cahaya Berdamping Cahaya


Salam Awal Muharam 1429. Mudah-mudahan kehidupan yang kita lalui hari ini akan terus gemilang di dalamredhaNya jua.Moga Allah memperkenankan doa di akhir dan awal tahun ini.Kita berharapkan Nur yang menerangi jiwa nurani akan terus kekal di sanubari.Dengan izinNya jua.

Di bawah ini adalah puisi sdr HB JOHAR BUANG @ Kebun Langit. Saya sangat menyukai puisi sufistik yang selalu beliau nukilkan. Koleksi puisi sufistiknya turut termuat di dalam buku Perahu Melayu Di lautan Khulzum dan Sahara yang pernah saya hadami isinya.Indah dan begitu mendalam sekali setiap diksi di dalam puisi tersebut.Haza Min Fadhli Rabbi...

Lampu Tidur

saat Kaunyalakan lampu tidur itu

mimpi-mimpi tak bernyawa

terbaring di atas batu yang panjang

tika kamarku bercahaya

ke mana Kaupindahkan matahari dan bulan

Kaucerminkan puisi

pada dinding-dinding yang sirna

akukah yang beralih

dari gelap ke terang

dari aku ke Kau

kubuka jendela

kupandang wajah langit

malam, aku bagaikan al-buruuj

cahaya berdamping cahaya

tak kunampak lagi bayang-bayang di bumi

hanya Nama-Nama-Mu yang indah

sepanjang usiaku

berzikir untuk-Mu


©puisi H.B. Johar

nyanyian NURADEE

lagu ciptaan Zubir Abdullah

album KAKILANGIT SENANDUNG PUISI

Penantian

Lihat foto ini

Dalam renyai hujan di sore itu

Ku sendiri menanti dan terus menanti

Agar terbuka jendela harapan

Menafsir jilid-jilid naskhah kerinduan

Mencari sebening ketenangan

Di bawah payung Ar-Rahman

Biar zikrilah basah diingatan

Biar kaku di bangku penantian

PadaNya jualah tempat berserah

Menuju destinasi ke puncak pengabdian

-Nuralana-

Sepetang yang dingin I

Sepetang yang dingin

Gerimis masih menitis perlahan

Kupandang dari jendela epilog ingatan

Terbentang luas langit kerinduan

Pada naskhah-naskhah khazanah ilmuan

cahaya sebuah peradaban

yang pernahku kutip

di halaman nukilan rasa

para agamawan

Di sepetang yang dingin

Kunyalakan kembali pelita impian

Doa dan amalan

Di jiwa dan dada ini…

Biarlah berkekalan

-Nuralana-